suria

[VIDEO] Filem prekuel ‘Mat Kilau’ dalam perancangan, tapi tanpa Syamsul Yusof dan Adi Putra 

SYARIKAT produksi Studio Kembara Sdn Bhd bakal menerbitkan filem prekuel Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan selepas kejayaan karya itu menambat hati penonton sehingga mendapat kutipan luar biasa RM97 juta sepanjang ditayangkan di pawagam.

Penerbitnya, Rahman Md Dali bagaimanapun memberitahu karya terbaharu terbitan syarikatnya itu tidak akan menggunakan khidmat Syamsul Yusof sebagai pengarah serta dua pelakon utamanya, Datuk Adi Putra dan Beto Kusyairi.

Menyangkal wujud sebarang masalah di antara mereka, Rahman sebaliknya menjelaskan jalan cerita prekuel tersebut tidak melibatkan watak dimainkan oleh Adi dan Beto serta mahu memberi peluang kepada pengarah lain menerajui filem berkenaan.

"Sebenarnya memang sudah ada perancangan untuk penggambaran filem berkenaan malah kami telah pun menandatangani kontrak dengan beberapa orang pelakon.

1741888

Adi dan Syamsul tidak akan terlibat dalam filem prekuel Mat Kilau.

"Syamsul, Adi dan Beto tidak terlibat disebabkan belum wujud watak mereka dalam prekuel.

"Manakala tugas pengarah pula saya mahu beri peluang kepada orang lain... takkan nak bergantung selamanya kepada Syamsul," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Kutipan RM90 juta, penerbit ‘Mat Kilau’ hadiah pakej umrah untuk produksi dan biasiswa bantu anak yatim

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Mat Kilau’ trending selepas tayang di Netflix, komen pujian bertukar negatif... “Babak aksi kucar-kacir”

Rahman berkata demikian ketika majlis meraikan media bersama Studio Kembara yang berlangsung di Bangi, Selangor pada Khamis.

Sementara itu, menjelaskan hubungannya dengan Adi dan Syamsul yang dikatakan bermasalah, Rahman menjelaskan tidak wujud sebarang konflik di antara mereka.

Sebaliknya kata Rahman, kekangan masa membuatkan mereka jarang dapat bertemu atau bertanya khabar menerusi telefon.

"Saya nak jelaskan di sini bahawa hubungan kami baik-baik sahaja. Ketika promosi Mat Kilau di Jakarta sebelum ini pun Adi ada cakap tiada masalah.

Rahman bakal membawa semua pelakon Mat Kilau mengerjakan umrah pada November.

"Cuma kami memang jarang berhubung disebabkan komitmen kerja masing-masing. Tentang maslah komunikasi yang terjadi sebelum ini, saya sudah jelaskan dan ia selesai," ujarnya.

Dalam pada itu, Rahman turut menunaikan hajat untuk memberi imbuhan berpatutan kepada seluruh produksi selepas kejayaan filem itu di pawagam.

Bukan itu sahaja, dia bakal mengambil inisiatif membantu golongan memerlukan sebagai satu bentuk tanggungjawab sosial kepada masyarakat.

"Sebagai permulaan, saya telah kumpulkan barisan pelakon untuyk bawa mereka menunaikan umarah pada November ini. Imbuhan akan diberikan kepada produksi mengikut kesesuaian tugas mereka sepanjang penggambaran.

"Pihak kami juga telah membeli dua buah mesin rawatan dialisis untuk membantu golongan seni atau sesiapa sahaja yang mengalami masalah buah pinggang. Ia sebagai satu penghargaan dan tanggungjawab sosial pihak kami," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain