suria

‘Mat Kilau’ trending selepas tayang di Netflix, komen pujian bertukar negatif... “Babak aksi kucar-kacir”

Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan menerima banyak kritikan.

SEBELUM ini ramai melahirkan rasa bangga dan pujian terhadap filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan sehingga ia berjaya mencapai kutipan luar biasa, RM97 juta sepanjang dua bulan ditayangkan di pawagam.

Namun sejak ia mula ditayangkan menerusi aplikasi penstriman Netflix pada 16 September lalu bersempena Hari Malaysia, ia mendapat reaksi berbeza daripada penonton sehingga perbualan mengenainya trending di Twitter.

Rata-rata yang pertama kali menonton filem tersebut memberikan reviu negatif terhadap karya Syamsul Yusof itu selain meluahkan rasa hampa terutamanya melibatkan babak aksi.

mat kilau 1

Antara komen netizen selepas Mat Kilau ditayangkan di Netflix.

"Baru selesai menonton Mat Kilau, sinematografi babak aksi kucar-kacir, pelakon geraknya sekali, kamera goyang 10 kali!

"Dialog ibarat ceramah yang ditujukan penonton IQ rendah!

"Saya bukan seorang ahli sejarah namun saya tidak rasa itu cara orang pada era berkenaan bercakap," komen netizen di Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: Kutipan RM90 juta, penerbit ‘Mat Kilau’ hadiah pakej umrah untuk produksi dan biasiswa bantu anak yatim

ARTIKEL BERKAITAN: Murid sekolah ‘remake’ filem Mat Kilau, babak perang nampak real... “Lakonan mantap, menjiwai watak”

Tidak hanya itu, ramai turut mempertikaikan tentang ketepatan sejarah dalam filem tersebut selain plot yang lemah serta babak aksi disifatkan sebagai 'separuh masak'.

"Kenapa terlalu ramai bercakap tentang Mat Kilau? Tiada ketepatan dalam sejarah. Babak aksi seperti 'separuh masak' dan plot penceritaan yang lemah," komen netizen lain.

Tiada ketepatan dalam sejarah. Babak aksi seperti 'separuh masak' dan plot penceritaan yang lemah

NETIZEN

Filem terbitan Studio Kembara Sdn Bhd ini mencatat sejarah dalam industri perfileman negara apabila mencatatkan kutipan filem tertinggi di Malaysia.

Mat Kilau Kebangkitan Pahlaan juga turut ditayangkan di Singapura, Brunei dan terbaharu di Indonesia sejak 31 Ogos lalu.

mat kilau 2

Barisan pelakon Mat Kilau.

Filem itu menampilkan barisan pelakon hebat Datuk Adi Putra, Fattah Amin, Beto Kusyairy, Yayan Ruhian dan Johan As'Ari.

Tidak hanya meraih kutipan tertinggi, filem ini juga menjadi tular dan bualan hangat masyarakat sejak ia mula ditayangkan pada 23 Jun lalu apabila ramai hadir di pawagam dengan berpakaian persis seorang pahlawan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain