suria

Nama sering kena ‘petik’ jadi bahan lawak, peguam cadang Iqbal Zulkefli ambil tindakan undang-undang

Iqbal enggan ambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang guna nama sebagai bahan lawak.

USAHAWAN Iqbal Zulkefli memberitahu pernah dinasihatkan untuk mengambil tindakan undang-undang apabila namanya sering dijadikan bahan jenaka oleh pelawak ketika mengadakan sketsa atau persembahan pentas dalam sesebuah pertandingan.

Iqbal, 28, berkata, peguamnya memberi saranan itu kerana tindakan berkenaan telah menjatuhkan maruahnya namun dia enggan berbuat demikian.

"Kalau ada selebriti mahu jadikan saya sebagai 'content', saya langsung tak kisah. Ramai minta saya saman, bahkan peguam pun minta buat perkara sama tetapi saya kata jangan.

iqbal 2

Iqbal juga mahu sertai program lawak.

"Mereka semua akan jadi kawan saya nanti," katanya.

Iqbal berkata demikian sebagai menjawab salah satu soalan diajukan pengikutnya menerusi ruangan Ask Me a Question di Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Iqbal berkata, jenaka yang ditampilkan oleh sesetengah pelawak yang menggunakan dirinya sebagai bahan disifatkan sebagai sekadar persembahan pentas untuk menghiburkan penonton.

ARTIKEL BERKAITAN: Pilih rumah di kawasan elit, Iqbal Zulkefli beli banglo RM5 juta

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor risau anak dijangkiti Covid-19, luluh hati Iqbal Zulkefli saat Ziyad buat ‘swab test’

Malah bekas peserta program Big Stage 2022 ini, turut memasang niat untuk menyertai mana-mana pertandingan lawak sekiranya diberi peluang pada masa hadapan.

"Saya teringin nak sertai program lawak jika diberi peluang. Perli dan mengata saya itu, saya tidak marah," ujarnya.

Saya kebal sikit orangnya, susah nak terasa hati dengan kata-kata orang

IQBAL ZULKEFLI

Sementara itu, menjawab soalan lain tentang dirinya sering menerima komen jelik, Iqbal menjelaskan ia tidak memberi kesan kepadanya malah sudah kebal dengan situasi itu.

"Saya kebal sikit orangnya, susah nak terasa hati dengan kata-kata orang.

"Tetapi saya akan terus block orang yang tinggalkan komen berlebihan serta tiada adab selain menipu dan menyakiti orang di sekeliling saya," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain