suria

Dituduh berpeluk dengan lelaki di khalayak, pelakon remaja Qistina Raisah telah difitnah... tak pernah keluar tanpa ditemani ibu

Qistina Raisah menyangkal dakwaan dia adalah individu berpelukan dengan seorang lelaki yang tular di media sosial.

SEJAK beberapa hari lalu, tular sebuah video memperlihatkan seorang individu mirip pelakon remaja iaitu Qistina Raisah yang sedang berpelukan dengan seorang lelaki di khalayak ramai.

Tampil membersihkan namanya, Qistina atau Nur Qistina Raisah Mohd Kamarol Azri, 14, menyangkal individu dalam video berkenaan adalah dirinya seperti mana hebat diperkatakan ketika ini.

"Saya nak jelaskan saya tidak kenal siapa individu dalam video itu malah pemilik rakaman itu juga saya tidak tahu apa motif dia memuat naik video berkenaan... tapi itu bukan saya!

"Saya tampil membuat penjelasan ini kerana ada komen mengatakan 'adakah ini budak yang lupa password telefon', yang itu memang saya... tapi dalam video itu bukan saya," katanya.

280024546_1216887985827810_2053012991338696594_n

Qistina Raisah kemana-mana bersama ibu.

Qistina membuat penjelasan itu menerusi akaun TikTok miliknya pada Ahad.

Dalam pada itu, Qistina juga menegaskan dia tidak pernah keluar bersendirian sebaliknya sentiasa ditemani oleh ibunya termasuk sekiranya keluar bersama teman lelakinya.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Peluk wanita dalam kereta, Coki menggigil minta maaf... “Angle kamera nampak lain”

ARTIKEL BERKAITAN: Video tak senonoh tersebar, bapa pukul Adam Mika... “Ia bukan anak saya, ruang rumah kami bukan macam tu”

Jelas pelakon drama Felina itu, disebabkan itu juga dia tidak mungkin melakukan perkara sedemikian seperti didakwa.

"Saya kalau pergi mana-mana, mesti ada mak sekali. Anda jangan risau fasal saya... kalau satu hari nanti ternampak saya pun jangan bimbang sebab saya pandai jaga diri. Saya masih ada mak dan aya, anda hanya perlu jaga tepi kain sendiri.

Saya tidak tahu apa motif dia memuat naik video berkenaan... tapi itu bukan saya!

QISTINA RAISAH

PELAKON/PERSONALITI MEDIA SOSIAL

"Kalau orang nampak saya pergi 'dating' ke, mesti ada mak saya sekali," jelasnya.

Sementara itu, Qistina yang juga personaliti media sosial turut menasihati agar pihak yang cuba menabur fitnah kepadanya agar insaf daripada terus melakukan perkara sia-sia.

189343680_115037390701423_7773443608668144219_n

Qistina Raisah minta netizen jangan sibuk hal orang.

"Untuk pemilik video yang sebar dan sesiapa yang komen, jangan buat fitnah kerana takut orang lain yang baca akan mempercayainya dan menyebarkan kepada orang lain.

"Saya tidak mahu ia menjadi fitnah sebab kita tidak tahu siapa sebenarnya individu dalam video tersebut," katanya.

Hasil carian mStar turut mendapati, pengguna TikTok yang memuat naik video berkenaan telah pun memadam rakaman itu selepas Qistina tampil membuat penjelasan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain