suria

[VIDEO] Peluk wanita dalam kereta, Coki menggigil minta maaf… “Angle kamera nampak lain”

PERSONALITI media sosial, Coki menjadi perbualan hangat selepas video memperlihatkan dirinya berpelukan dan meriba seorang gadis tular di media sosial baru-baru ini.

Selepas menerima kecaman netizen, Coki atau Muhammad Danish Daniel, 17, tampil membuat permemohon maaf dan menjelaskan kejadian sebenar berhubung penularan video berkenaan.

"Saya nak minta maaf kepada kedua belah-belah pihak, pihak yang ada kena mengena dengan kes ini.

"Mengigil saya... saya nak minta maaf kepada semua orang. Saya mengaku salah saya dan minta maaf sangat," ujarnya.

Untitled design (2)

Tular video Coki riba gadis bernama Irdina.

Dalam pada itu, Coki menyangkal dakwaan bahawa dia melakukan aksi sumbang serta mencium gadis berkenaan seperti didakwa netizen.

Malah katanya, gadis bernama Irdina itu bukan teman wanitanya tetapi hanyalah kenalan biasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Video Coki peluk wanita dalam kereta tular di TikTok... “Apa dah jadi?”

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia maki hamun dan pukul kepala saya” - Coki dakwa pernah jadi mangsa wanita rambut pink, saksi budak 4 tahun didera

"Saya tak kiss dia pun, kalau tengok betul-betul dalam video itu. Angle kamera nampak jadi lain," ujarnya.

"Saya dengan Irdina memang tiada apa-apa hubungan. Saya jumpa dia dekat kedai makan," jelasnya.

Bercerita lanjut mengenai situasi sebenar, Coki menjelaskan keadaan ketika itu kelam kabut membuatkan dia bersama rakan-rakannya beramai-ramai masuk ke dalam kereta tersebut.

Saya tak kiss dia pun!

COKI

PERSONALITI MEDIA SOSIAL

Dia bersama rakan-rakannya bergegas masuk ke dalam kereta selepas ada kenderaan lain membunyikan hon tanda selepas mereka meletakkan kereta di bahu jalan.

"Ketika itu kejadian berlaku dekat Menara U, dia dudu atas paha saya sebab kami meletakkan kereta ditepi jalan dan parking bertindih dengan kenderaan lain.

"Kami sedang tunggu satu lagi kereta untuk datang ambil kami sebab kami ramai ketika itu," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain