suria

Video Coki peluk wanita dalam kereta tular di TikTok… “Apa dah jadi?”

Coki dilihat berpelukan dan meriba seorang wanita yang tidak diketahui identitinya.

VIDEO memperlihatkan personaliti media sosial Coki bersama beberapa wanita di dalam sebuah kenderaan menjadi perbualan hangat netizen di aplikasi TikTok.

Menerusi video yang tular itu, Coki atau nama sebenarnya Muhammad Danish Daniel, 17, dilihat berpelukan dan meriba seorang wanita yang tidak diketahui identitinya.

“Apa jadi ni?” Tulis pemilik akaun berkenaan pada ruangan kapsyen.

Dalam video itu, Coki dan wanita berkenaan yang memakai baju hitam dilihat seakan-akan menyedari aksinya itu dirakam individu lain dalam kenderaan tersebut.

coki12

Netizen luah rasa tidak senang dengan tindakan Coki.

ARTIKEL BERKAITAN: Coki geram dapat tahu dibayar RM40,000 tapi hanya dapat RM5,000! Rupa-rupanya dua tahun kena tipu ‘orang tengah’

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia maki hamun dan pukul kepala saya” - Coki dakwa pernah jadi mangsa wanita rambut pink, saksi budak 4 tahun didera

Menjengah ruangan komen, netizen meninggalkan komen meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan Coki yang disifatkan sebagai ‘culture shock’.

“Dah famous macam ni la. Payah la jadi artis.

“Apa ni Coki? Seat belakang tu duduk tiga orang pun boleh... kenapa nak kena atas riba juga.

“Macam culture shock! Okay ini bukan (video) edit.

“Ini bukan salah orang, dah terang-terang muka dia,” tulis netizen.

Video yang dimuat naik pada pagi Ahad itu menerima lebih sejuta tontonan dan lebih 2,000 komen netizen.

Usaha mStar mendapatkan komen daripada Coki masih belum berjaya apabila panggilan dan mesej dihantar tidak berjawab.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain