suria

Coki geram dapat tahu dibayar RM40,000 tapi hanya dapat RM5,000! Rupa-rupanya dua tahun kena tipu ‘orang tengah’

Coki alami kerugian RM160,000.

GARA-GARA mempercayai seseorang individu, personaliti media sosial Coki mendedahkan dia mengalami kerugian hampir RM160,000.

Coki atau nama sebenarnya Muhammad Danish Daniel mendakwa individu tersebut bukan pengurus namun 'orang tengah' yang banyak memberikan 'job' kempen dan iklan kepadanya sejak dua tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Coki dapat pesanan misteri, tak ‘order’ tapi COD makanan sampai depan rumah - “Saya terpaksa bayar tempahan yang banyak tu”

ARTIKEL BERKAITAN: Coki jadi penyanyi pula, tak sangka berani ‘diss’ orang dalam lagu - “Nabila Razali pun kena kecam tapi nama dia makin naik”

Bagaimanapun, tembelang individu itu pecah selepas pelakon berusia 17 tahun itu berhubung dengan beberapa klien besar untuk bertanyakan sendiri mengenai bayaran yang sepatutnya diterima.

Coki 1

Coki berang ditipu seorang wanita sejak 2020.

"Dia bukan pengurus saya tapi banyak uruskan job untuk saya dan beberapa selebriti. Dari 2020 sampailah 2022, dia berurusan dengan ayah saya berkaitan job.

"Setiap bulan sentiasa ada tawaran dan memang tak pernah putus selama dua tahun. Kebetulan, saya ada berhubung dengan klien besar dan rupa-rupanya mereka bayar saya RM40,000 tapi individu tersebut bagi saya hanya RM5,000.

"Minggu lalu saya ada buat kempen untuk sebuah jenama minuman terkenal. Mereka beritahu yang bayaran untuk saya RM25,000 tapi yang saya dapat hanya RM3,000. Bayangkan sepanjang dua tahun ini, dia tipu duit saya.

Bayangkan sepanjang dua tahun ini, dia tipu duit saya.

COKI

PERSONALITI MEDIA SOSIAL

"Saya dah buat kiraan, jumlah saya kena tipu RM160,000. Bukan saya seorang saja, tapi ada beberapa selebriti juga kena nasib yang sama. Tapi kerugian mereka tidak sebesar saya," katanya kepada mStar.

Kata Coki lagi, dia mula berasa curiga selepas dua bulan individu tersebut menghilangkan diri malah terus menyekat WhatsApp serta Instagram (IG).

Bukan itu saja, anak kepada individu tersebut juga menyekat Whatsapp serta Instagram pelakon filem Petaka itu selepas disoal mengenai lokasi ibunya.

Dalam pada itu, Coki memberitahu dia bakal membuat laporan polis terhadap individu berkenaan dalam masa terdekat.

Coki 2

Coki bakal buat laporan polis.

"Saya ada mesej dia pada 12 Februari sebab dah dua bulan dia menghilangkan diri. Tapi dia sekat WhatsApp dan IG saya. Pada 11 April lalu, saya mesej anak dia pula untuk bertanyakan tentang ibunya.

"Sebaik saja saya tanya ibu ada dekat rumah ke tak, terus dia pun block WhatsApp dan IG saya. Ikutkan hati saya memang ada plan nak pergi rumah dia.

"Saya tahu rumah dia dekat mana dan kereta apa yang dia pakai. Insya-Allah dalam masa terdekat ini, saya akan buat laporan polis juga," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain