suria

Ben Amir tak lari daripada tanggungjawab, balik Malaysia atas faktor kesihatan dan keselamatan

Ben Amir tampil membuka mulut bagi menjelas keadaan sebenar.

SELEPAS kes saman pelanggaran kontrak antara Ben Amir dan produski Elisa Vision diselesaikan secara baik pada Khamis, pelakon itu tampil membuka mulut bagi menjelas keadaan sebenar.

Menurut Ben atau Muhammad Amir Sabaruddin, 32, dia tidak pernah lari daripada tanggungjawab dan keputusannya pulang ke Malaysia ketika itu atas faktor kesihatan dan keselamatan.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Penggambaran belum selesai tapi dah cabut, Ben Amir akhirnya setuju bayar RM100,000

"Saya menegaskan bahawa saya tidak pernah lari daripada tanggungjawab. Sebaliknya keputusan saya pulang ke Malaysia adalah disebabkan faktor kesihatan dan keselamatan.

Sekiranya anda peminat dan penyokong sejati... saya harap anda dapat menerima kedua-dua belah pihak berdasarkan merit kami.

BEN AMIR

PELAKON

"Saya bagaimanapun bersedia bergerak ke hadapan. Dengan harapan yang tinggi saya harap semua pihak akan menghormati keputusan yang dibuat kedua-dua pihak," ujarnya dalam satu kenyataan pada petang Jumaat.

Ben Amir mengaku salah langgar kontrak.Ben Amir setuju membayar RM100,000 kepada Elisa Vision.

Pada Khamis, Ben bersetuju untuk membayar RM100,000 kepada syarikat produksi Elisa Vision Sdn Bhd berhubung kes saman pelanggaran kontrak membabitkannya ketika membintangi drama Demi di Inverness, Scotland pada awal Mac 2020.

Isu yang tercetus sejak tahun lalu akhirnya diselesaikan secara baik di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur, Tasnim Abu Bakar.

Dalam pada itu, Ben mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan sokongan dan kepercayaan kepadanya tanpa berbelah bahagi.

"Sekiranya anda peminat dan penyokong sejati... saya harap anda dapat menerima kedua-dua belah pihak berdasarkan merit kami.

"Saya tidak mempunyai sebarang perasaan negatif terhadap Elisa Vision. InsyaAllah saya sedia bekerjasama dengan pihak Elisa Vision sekali lagi," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain