suria

Puteri Sarah hilang sabar, ‘warning’ Ira Kazar berhenti ganggu Syamsul Yusof! Label tiada maruah asyik kejar suami orang

Puteri Sarah minta Ira henti ganggu hidupnya dan suami.

EMPAT tahun menahan sabar, pelakon Puteri Sarah akhirnya memberi amaran secara terbuka kepada individu yang didakwa mengganggu rumah tangganya.

Dakwa Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, wanita yang merupakan anak kepada pelakon veteran Kazar iaitu Ira Kazar masih mengganggu hubungan rumah tangganya dengan suami, Syamsul Yusof sejak tahun 2019.

"Daripada dulu sampai sekarang saya diganggu dengan akaun palsu, diganggu komen-komen yang menyakitkan hati tapi saya sabar. Anda kacau mental saya sejak 2019 lagi. Sampai kami (Puteri Sarah dan Syamsul) dah tak tinggal sebumbung, tak puas hati lagi ke? Apabila kami berbaik, anda ugut suami saya pula.

ARTIKEL BERKAITAN: “Memang banyak syaitan!” - Perkahwinan dilanda badai, peminat minta Puteri Sarah pertahankan rumah tangga

ARTIKEL BERKAITAN: Ada yang tak senang Puteri Sarah berbaik dengan Syamsul Yusof, sampai ganggu ibu mertua - “Tolong jaga maruah sikit, pergi berubat... teruk sangat dah”

"Hari ini saya tengah sibuk dengan anak-anak, tiba-tiba saya terima berita yang menyakitkan. Selama ini, apa anda buat, anda ganggu saya, saya diamkan saja sebab nak jaga nama baik keluarga.

"Tapi kali ini rasanya anda sudah lebih sangat. Siap cakap fasal anak-anak saya. Anda hanya orang luar tak perlu masuk campur. Apa yang berlaku sekarang anda dan orang luar cuma tahu luaran sahaja," katanya menerusi Instastory pada Sabtu.

IG Puteri Sarah

Puteri Sarah dedah gangguan diterima di Instagram.

Dalam pada itu, Puteri Sarah turut memberi amaran kepada Ira supaya berhenti menganggu hidupnya lagi.

"Kali ini cukuplah anda ganggu saya lagi bila saya nak pergi umrah. Empat tahun saya menanggung. Berhati-hati doa orang yang teraniaya, Allah akan makbulkan lagi-lagi di bulan puasa ini.

Jangan ambil jalan mudah, minta duit dekat suami orang. Selama empat tahun saya diam, membisu tapi makin lama anda pijak kepala saya!

PUTERI SARAH

PELAKON

"Di bulan baik ini saya doakan kalian berdua, Ira Kaza dan suami (Syamsul Yusof) saya diberikan hidayah," ujarnya.

Sebelum ini, kisah rumah tangga pasangan selebriti itu didakwa sedang dilanda masalah menarik perhatian netizen.

Puteri Sarah mengakui sudah lama tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul dan mendakwa suaminya itu tahu punca hubungan mereka dingin.

WhatsApp Image 2022-04-16 at 8.01.54 PM

Puteri Sarah bersama dua cahaya matanya.

Dalam hantaran berbeza, Puteri Sarah turut mempertikaikan tindakan Ira yang dikatakan tidak putus asa menganggu suaminya.

"Tak silap saya, anda dah ada teman lelaki kan Ira Kazar? Semuanya tak kekal. Malah baru-baru ini pun anda ada teman lelaki? Mana pergi semua teman lelaki anda?

"Kenapa nak kena kejar suami orang lagi? Memang tiada maruah ke hadap suami orang? Sebab nak harta dia? Sila jadi matang dan bekerja. Saya sendiri pun kerja cari duit sendiri.

"Jangan ambil jalan mudah, minta duit dekat suami orang. Selama empat tahun saya diam, membisu tapi makin lama anda pijak kepala saya," katanya.

Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain