suria

Ada yang tak senang Puteri Sarah berbaik dengan Syamsul Yusof, sampai ganggu ibu mertua - “Tolong jaga maruah sikit, pergi berubat… teruk sangat dah”

Puteri Sarah dedah laman sosial miliknya diintip seorang individu.

PELAKON Puteri Sarah Liyana meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan seorang individu yang berterusan menganggunya dan keluarga di laman sosial.

Sarah, 35, berkata individu berkenaan sanggup mencipta akaun palsu semata-mata ingin mengintip aktiviti harian mereka seolah-olah tidak puas hati melihat dia dan suami yang juga pelakon Syamsul Yusof berbaik semula.

"Selamat pagi stalker, mesti hari-hari awak ingat saya kan? So sweet, setiap hari awak intip saya, tahu aktiviti saya, okay stalk la.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jauhkan perkara tak elok... gangguan jin dan syaitan!” - Puteri Sarah minta peminat doa rumah tangga berkekalan

"Instagram saya tak private pun, maaf saya terlalu sibuk dengan keluarga, dengan kerja, dengan perniagaan. Saya tak ada masa untuk buat benda lain tak macam awak.

"Sampai terpaksa buat akaun palsu untuk kacau saya. Dah 2021 dear, terimalah kalau buat jahat Allah takkan izinkan awak menang, Allah tak tidur. Memang tak tenang ya tengok dah berbaik?" katanya.



Puteri Sarah kongsi luahan di Instastory.

Sarah berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instastory miliknya pada Rabu.

Dia bagaimanapun tidak menyatakan siapakah individu yang melakukan tindakan tidak bermoral itu.

Nak kena report polis lagi ke awak ni? Tolong jaga maruah tu sikit. Tolong pergi berubat, teruk sangat dah awak ni!

PUTERI SARAH

PELAKON

Bukan dia sahaja yang diganggu, Sarah memberitahu ahli keluarga dan rakan-rakannya turut menerima nasib yang sama.

Justeru itu, dia meminta individu berkenaan muhasabah diri dan mendekatkan diri dengan Tuhan.

"Lepas tu kacau kakak ipar saya, kacau kawan-kawan saya, kacau stokis (perniagaan) saya. Malah ibu mentua pun awak menggila kacau.



Puteri Sarah bersama suami Syamsul Yusof dan dua anak mereka iaitu Syaikhul Islam dan Summayah.

"Nak kena report polis lagi ke awak ni? Tolong jaga maruah tu sikit. Tolong pergi berubat, teruk sangat dah awak ni.

"Kalau awak rasa tak tenang, selalulah tahajud dan solat taubat. InsyaAllah rasa berdosa yang menebal dalam diri tu akan terhapus sedikit demi sedikit. Hidup pun tenang. Tak adalah rasa insecure 24 jam. Good luck dear," ujarnya.

Menerusi laporan sebuah portal pada awal Januari lalu, Sarah mendedahkan dia mendapat banyak komen dan mesej peribadi (DM) daripada individu tidak dikenali dengan menggunakan akaun berbeza.

Sarah berkata dia tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis terhadap individu yang melakukan provokasi dan memanipulasi isu masalah rumah tangganya dengan suami.

Dalam laporan sama, Sarah mengakui terkilan apabila masalah rumah tangganya terus diganggu pihak tidak bertanggungjawab dan dimanipulasikan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain