suria

Zed Zaidi kena ‘troll’, dituduh cadang adakan Karnival Jom Heboh - “Yang ikhlas menghina tu boleh cari aku di akhirat!”

Zed Zaidi kesal jadi mangsa fitnah.

PELAKON Zed Zaidi yang juga merupakan Presiden Persatuan Seniman Malaysia meluahkan rasa bengang dengan tindakan segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang menyiarkan berita palsu mengenai dirinya.

Menerusi entri di laman Instagramnya, Zed atau nama sebenarnya, Rozaidi Jamil, 41, memuat naik satu gambar dengan tajuk 'Zed Zaidi mahu Liga Bola Sepak Malaysia ditunda bagi memberi laluan untuk Karnival Jom Heboh'.

ARTIKEL BERKAITAN: Zed Zaidi syak ada netizen terlepas masuk Telegram artis - “Admin terpaksa off komen, tapis segala perbualan dalam group tersebut”

Pihak terbabit turut menyalahgunakan logo sebuah syarikat media pada artikel palsu berkenaan seolah-olah Zed tidak sensitif dengan keadaan isu semasa apabila menyarankan penganjuran sebuah karnival hiburan di kala negara masih berdepan dengan masalah pandemik Covid-19.

"Pandai orang buat fake news ni. Ni bukan aku buat tau, interview dengan Metro pasal benda ini pun tiada.

Tapi yang mana ikhlas menghina tu boleh cari aku di akhirat nanti.

ZED ZAIDI

PELAKON

"Ni saja orang nak troll aku takpe aku adjust sikit, TV3 tak pakai nama Jom Heboh lagi, dia pakai Sure Heboh," katanya.

Zed meluahkan perasaan kesal di laman Instagramnya.

Susulan penyebaran berita palsu itu, Zed menjelaskan dia telah menerima pelbagai kecaman daripada netizen yang percaya itu adalah kata-kata yang keluar daripada mulutnya.

Namun, dia tidak menyalahkan mana-mana pihak yang memberikan komen tersebut kerana mereka turut menjadi 'mangsa' apabila termakan fitnah pihak berkenaan.

"Tapi yang geng-geng komen ini pun mengecam aku pasal artikel ni pun, mereka tak salah sebab mereka termakan fitnah jadi tak mengapa aku maafkan orang yang komen menghina aku ni.

"Tapi yang mana ikhlas menghina tu boleh cari aku di akhirat nanti," katanya.

Zed juga turut mengingatkan penggendali laman berita fitnah itu untuk berhati-hati dalam menyebarkan cerita dengan memberi contoh sebuah portal media yang baru-baru ini telah dikenakan denda sebanyak RM500,000 gara-gara komen yang ditinggalkan seorang pembaca di laman web mereka.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Artikel Berkaitan

Artikel Lain