suria

'Gila' diramal berpotensi menang AJL 35, Kaka Azraff tak tertekan - “Saya hanya nak enjoy sahaja masa final itu nanti”

Kaka Azraff, Noki dan Loca B berpadu suara dalam lagu Gila.

PENYANYI lagu Gila, Kaka Azraff tidak merasakan sebarang tekanan biarpun ramai pihak meramalkan lagu nyanyiannya itu antara yang berpotensi besar untuk memenangi Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL 35) yang dijadualkan berlangsung pada 14 Mac ini.

Menurut Kaka atau nama sebenarnya, Nor Atiqa Noor Azraff, 32, dia berterima kasih di atas sokongan yang ditunjukkan peminat terhadap lagu Gila yang turut dinyanyikannya bersama dua penyanyi rap, Noki dan Loca B.

ARTIKEL BERKAITAN: Sebulan tertunda, akhirnya AJL35 bersiaran langsung pada 14 Mac depan

"Alhamdulillah kalau ramai yang ramal Gila boleh jadi juara, saya walau bagaimanapun tak rasakan tekanan itu, sebaliknya hanya nak enjoy sahaja pada masa final itu nanti.

"Seperti yang kita tahu AJL 35 adalah pertandingan untuk penciptaan lagu dan saya percaya Gila membuka ruang baharu dalam industri muzik tempatan dengan bunyinya yang unik.



Tiga penyanyi lagu Gila ini sudah bersedia mengegarkan pentas AJL 35.

"Saya percaya lagu itu memang dah ada tempat di hati (peminat), bukan saya nak kata percaya dan bangga dengan nyanyian saya sebaliknya saya yakin dengan kekuatan lagu itu sendiri," katanya kepada mStar.

Ketika ditanya mengenai persiapannya menjelang malam anugerah berprestij itu, Kaka berkata dia sudah berlatih sejak beberapa minggu lalu dengan Noki dan Loca B bagi memantapkan lagi persembahan mereka.

Alhamdulillah kalau ramai yang ramal Gila boleh jadi juara, saya tak rasakan tekanan itu.

KAKA AZRAFF

PENYANYI

"Setakat ini, boleh kata dalam 80 peratus kami sudah bersedia. Selebihnya, sekarang kami berperang untuk sentiasa menjaga kesihatan dan stamina untuk berikan persembahan yang terbaik pada malam itu nanti.

"Kami akan berlatih dalam tiga hari seminggu dan bonding itu dah cukup kuat, malah kami selalu berbincang untuk menambah baik apa yang perlu," katanya.

Pengacara AJL 35, Awal Ashaari, Sherry Alhadad dan Haziq Hussni.

Buat pertama kalinya, AJL 35 akan bersiaran langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam tanpa kehadiran penonton selain mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Selain Gila, 11 lagu yang berjaya melangkah ke pentas AJL 35 ialah Semalam nyanyian Aina Abdul, 7 Nasihat (Shiha Zikir, Kmy Kmo, Luca Sickta), Hutang (Floor88), Aku Bidadari Syurgamu (Aishah), Kau Sakiti (Amir Masdi), Belenggu Rindu (Wany Hasrita, Datuk Jamal Abdillah), Gundah (Ernie Zakri), Eh (Zizi Kirana), Peluang Kedua (Nabila Razali), Jangan Khianati Aku (Azlan & The Typewriter) dan Hati (Hael Husaini).

AJL 35 akan dihoskan oleh trio pengacara, Sherry Alhadad, Awal Ashaari dan Haziq Hussni.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

AJL 35, Gila, Kaka Azraff, Noki, Loca B

Artikel Lain