suria

Fezrul Khan bengang, tak tahan perangai aktres BBNU, tiga kali batal penggambaran saat akhir!

Fezrul nasihat pelakon baharu supaya hormati orang lama.

BUKAN kali pertama, malah ini kali ketiga seorang pelakon wanita baharu buat hal apabila tidak datang ke lokasi penggambaran pada saat akhir.

Perkara itu didedahkan aktor Fezrul Khan yang bengang dengan sikap aktres berkenaan dan dianggap tidak menghormati jadual pelakon lain.

Kata Fezrul atau nama sebenarnya Fezrul Khan Junaidi, 40, tindakan pelakon itu memberi kesan kepada pelakon lain sehingga terpaksa menunggu lama di lokasi penggambaran.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan gelakkan orang tengah susah... wabak tak kenal miskin atau kaya dan pekerjaan” - Lagi artis tegur netizen tak sensitif

ARTIKEL BERKAITAN: Ini cara Fezrul Khan buat ‘total lockdown’, bawa diri duduk dalam hutan - “Selamat sikit, jauh daripada virus”

“Bukan sekali dia buat begitu, pelbagai alasan dia gunakan untuk beritahu tidak boleh datang ke lokasi penggambaran pada saat akhir.

“Tindakan itu menyusahkan orang lain. Dia seperti tidak hormat tenaga produksi dan juga barisan pelakon lain yang lebih hebat dan banyak menang anugerah.

“Kalau ada banyak tawaran lain pun kenalah pandai susun jadual dan kalau boleh jangan terlalu tamak sehingga berlaku perkara sebegini,” katanya ketika dihubungi mStar.

Kalau belum pro (handal) berlakon, jadilah seorang yang profesional ketika bekerja

FEZRUL KHAN

PELAKON

Disebabkan marah dengan sikap pelakon tersebut juga, Fezrul terbuka untuk berkongsi luahan di media sosial miliknya pada Isnin.

"Tolong respeks orang lama, ini dah masuk kali ketiga ko buat macam ini, ko BBNU lagi... lakonan kau pun belum sampai lavel aku!" antara luahan Fezrul di Instagram.

Fezrul yang kini sedang menjalani penggambaran drama Tiger Long berkata, biarlah dia menjadi wakil untuk bercakap perkara tersebut dan tidak kisah jika ada yang membenci dirinya.

“Kami dah berbincang dalam group Whatsapp tetapi tidak ada maklum balas. Jadi biarlah saya kongsikan terus di media sosial.

“Tidak kisahlah jika nama saya buruk, yang penting saya boleh menjadi wakil menyuarakan pendapat dan memudahkan kerja orang lain,” jelasnya.

Fezrul bergandingan dengan Faizal Hussein dan Qi Razali dalam Tiger Long.

Sementara itu Fezrul turut menasihatkan semua pelakon terutama yang masih baharu supaya mengamalkan sikap profesional dalam bekerja.

“Kalau belum pro (handal) berlakon, jadilah seorang yang profesional ketika bekerja.

“Susun jadual dengan baik dan jangan ambil semua tawaran tetapi hasilnya tidaklah begitu baik,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain