suria

[VIDEO] Penggambaran belum selesai tapi dah cabut, Ben Amir akhirnya setuju bayar RM100,000

PELAKON Ben Amir bersetuju membayar RM100,000 sebagai bayaran penyelesaian kepada syarikat produksi Elisa Vision Sdn Bhd berhubung kes saman melanggar kontrak.

Persetujuan itu dicapai kedua-dua belah pihak di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur, Tasnim Abu Bakar.

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa ambil duit kerja tak buat, Nelydia Senrose berdepan tuntutan ganti rugi RM160,000 langgar kontrak promosi produk

Dalam prosiding tersebut, Ben Amir, 32, selaku defenden setuju membayar jumlah RM100,000 dengan lima kali bayaran secara ansuran sebanyak RM20,000 bermula 10 Mei depan.

"Sekiranya defendan (Ben Amir) gagal membayar RM100,000, maka jumlah asal dalam kes saman itu seperti yang dituntut plaintif (Elisa Vision) sebanyak RM211,477 dikembalikan.

"Mahkamah juga merekodkan defendan menarik balik pernyataan tuntutan balas yang dikemukakan terhadap plaintif," katanya.

ben2

Penerbit Elisa Vision Sdn Bhd, Datin Mahfuzah Zakkiah

Sementara itu, Ben Amir atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin ketika ditemui di luar mahkamah enggan ditemuramah pihak media.

“Kes dah selesai, no comment... kes selesai cara baik!” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, penerbit Elisa Vision Sdn Bhd, Datin Mahfuzah Zakkiah Abdain ketika ditemui bersyukur apabila semuanya selesai secara baik.

"Alhamdulillah, saya bersyukur isu ini dapat diselesaikan secara baik. Saya pun sudah memaafkan dia atas apa yang berlaku. Bagi saya, ini berkat Ramadan.

Kes dah selesai, no comment... kes selesai cara baik!

BEN AMIR

PELAKON

"Dia pun orang yang baik dan saya tiada masalah dengannya kerana semua sudah selesai," katanya.

Pada 27 Mac 2020 pihak produksi mendakwa pelakon Ben Amir pulang ke Malaysia secara sendirian meninggalkan kesemua kru produksi dan pelakon yang sedang menjalankan penggambaran di Scotland kerana ketika itu wabak Covid-19 sedang merebak.

Tindakan itu dianggap tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri kerana penggambaran tersebut belum selesai.

Drama itu mendapat sentuhan pengarah Rahila Ali.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain