suria

Didakwa ambil duit kerja tak buat, Nelydia Senrose berdepan tuntutan ganti rugi RM160,000 langgar kontrak promosi produk

SYARIKAT pengeluar produk kosmetik Chriszen Malaysia Sdn Bhd menuntut ganti rugi sebanyak RM160,000 daripada pelakon Nelydia Senrose berhubung pelanggaran kontrak sebagai duta pada tahun 2019.

Pengarah Urusan Chriszen, Mandy Leong Cheng Mun memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bayaran sebanyak RM102,000 telah dilunaskan kepada aktres tersebut bagi tujuan mempromosikan produk mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Atas nasihat keluarga Nelydia Senrose tarik diri dalam ‘Nur 2’

Bagaimanapun, bayaran itu tidak setimpal dengan tugas yang dijanjikan dan Nelydia didakwa gagal melaksanakan tanggungjawab sebaik bersetuju menjadi duta sejak Disember 2018.

Nelydia Senrose hadir ditemani suami, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid.

“Ikut perjanjian, Nelydia perlu hadir untuk program televisyen sebanyak dua kali, pelancaran produk dan posting di laman sosial sebanyak 15 kali tetapi sepanjang tempoh itu tiada satu post dibuat.

“Kita sudah bayar sebanyak 70 peratus tapi tidak seperti diharapkan dan dia juga tidak memberi respons kepada pihak kami... jadi kita mahu menuntut semula bayaran tersebut bersama kos lain-lain, ” kata Mandy.

Maaf saya tak boleh komen mengenai kes ini kerana tidak mahu menganggu proses mahkamah.

NELYDIA SENROSE

PELAKON

Pengasas produk berusia 29 tahun ini turut berkata Nelydia selaku defendan kedua hanya menjalankan satu sesi fotografi sepanjang tempoh kontrak setahun itu.

Prosiding perbicaraan hari pertama kes itu dijalankan di hadapan Hakim Tuan Shamsuddin Abdullah.

Pengarah Urusan Chriszen, Mandy Leong Cheng Mun ketika ditemui media selepas prosiding pada Selasa.

Sementara itu, Nelydia yang hadir ditemani suami Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid, ketika ditemui di perkarangan mahkamah enggan mengulas lanjut mengenai tuntutan tersebut.

“Maaf saya tak boleh komen mengenai kes ini kerana tidak mahu menganggu proses mahkamah.

“Saya akan memberikan kerjasama penuh, ” ujarnya.

Chriszen selaku plaintif diwakili peguam Tan Eng Keat, manakala Nelydia dan pengurusannya selaku defendan pertama, Alfie Management Sdn Bhd diwakili peguam Amirul Izzat dan Lim Zi-Han.

Perbicaraan kes akan disambung pada 16 Julai depan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain