suria

Doktor risau anak dijangkiti Covid-19, luluh hati Iqbal Zulkefli saat Ziyad buat ‘swab test’

Luluh hati Iqbal sebagai seorang bapa apabila anaknya terpaksa melakukan swab test.

SETIAP ibu bapa pasti mahukan yang terbaik buat anak mereka termasuk memberi perlindungan keselamatan dan kesihatan.

Kebimbangan sama turut dirasai usahawan kontroversi, Ahmad Iqbal Zulkefli terhadap kesihatan anak angkatnya, Ahmad Ziyad yang baru berusia empat bulan.

Mana tidaknya, Iqbal memaklumkan Ziyad mengalami batuk teruk sehingga doktor yang merawat mengesyaki bayinya itu dijangkiti Covid-19.

"Doktor risau Ziyad terkena virus Covid-19 disebabkan batuk yang teruk beberapa hari ini," katanya menerusi hantaran di Instagram.

19

Ziyad terpaksa melakukan swab test kerana bimbang dijangkiti Covid-19.

Menerusi video sama, Iqbal turut berkongsi momen dia membawa anaknya itu ke klinik bagi mendapatkan rawatan.

Wajah Iqbal juga kelihatan sugul apabila anaknya itu terpaksa melalui proses swab test yang menyakitkan pada bahagian hidung sehingga menangis.

ARTIKEL BERKAITAN: Pilih rumah di kawasan elit, Iqbal Zulkefli beli banglo RM5 juta

ARTIKEL BERKAITAN: Vida berdebar jumpa Iqbal di set penggambaran, terpaksa jadi profesional... Sempat tanya soalan panas ‘belum kahwin tunggu siapa?’

Malah dalam video itu Ziyad menangis sehingga memuntahkan semula susu yang diminum di atas bahu Iqbal.

Bagaimanapun, selepas selesai melalui proses pemeriksaan yang menyakitkan, Ziyad dilihat tidur lena di atas pangkuan Iqbal.

Sementara itu, Iqbal memberitahu kehadiran Ziyad sepanjang empat bulan di bawah jagaannya membuatkan dia tidak sedar badan anaknya itu sudah bertambah.

Saya sayang sangat pada Ziyad.

AHMAD IQBAL ZULKEFLI

USAHAWAN

Iqbal memberitahu dia tidak sanggup berjauhan dengan Ziyad malah sanggup membawanya ke mana sahaja dia pergi.

"Setiap hari Ziyad ada bersama saya, ke mana sahaja saya pergi. Sedar tak sedar, kini sudah empat bulan bersama saya, berat badannya sudah cecah 8.4 kilogram.

"Saya sayang sangat pada dia. Mahu cari pengasuh pun saya tidak sanggup berjauhan," katanya.

Iqbal turut memohon doa pengikutnya agar dia terus bersemangat untuk membesarkan Ziyad dengan baik.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain