suria

Tuduhan orang ketiga bukti tidak kenal isteri sendiri, cinta Diana Danielle terhadap Farid Kamil sudah pudar

Diana anggap Farid tidak mengenali dirinya secara peribadi selepas dakwaan wujud orang ketiga.

PELAKON Diana Danielle memberi bayangan suaminya iaitu Farid Kamil langsung tidak mengenali dirinya apabila sanggup menuduh wujud orang ketiga dalam kemelut rumah tangga mereka.

Diana atau Diana Danielle Danny Beeson, 32, berkata, rasa cinta yang sudah pudar membuatkan dia tidak lagi boleh menanggung kesakitan apatah lagi membiarkan orang lain menghancurkan hatinya.

"Jika awak fikir sejenak yang saya ada orang lain, itu adalah bukti asas awak tidak mengenali saya dengan baik.

Diana, Farid bersama dua anak mereka.

"Selepas rasa cinta terhadap awak sudah pudar, hati saya tidak boleh lagi menanggung untuk membiarkan orang lain menghancurkannya," katanya.

Diana berkongsi mengenai luahan hatinya itu menerusi Instastory miliknya pada Sabtu.

Pada 12 April lalu, Farid membuat permohonan maaf kepada Diana susulan menuduh wujud orang ketiga sehingga isterinya itu sanggup memfailkan cerai terhadapnya pada awal Mac lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Farid Kamil tarik balik kenyataan wujud pihak ketiga, mohon maaf pada Diana Danielle dan ibu mentua

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Farid Kamil terkejut lihat ibu mentua di mahkamah, dakwa Diana Danielle pernah usir sejak 2019

Permohonan maaf itu bukan sahaja kepada Diana tetapi ibu mentuanya, Norsiah Ramli.

Keretakan perkahwinan pasangan ini masih belum menemui jalan penyelesaian apabila pada 20 Mac lalu, Farid enggan melafazkan talak terhadap Diana dengan alasan masih sayangkannya.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain