suria

Wajah mirip Mira Filzah, pelakon baharu Qasrina tak suka dibandingkan

Qasrina sudah biasa ditegur mirip Mira Filzah

MENGAKUI sering disamakan dengan wajah aktres popular Mira Filzah, pelakon baharu Qasrina Karim menganggap ia sebagai satu pujian.

Namun Qasrina, 25, berkata, dia tidak mahu kemunculannya dalam industri lakonan akan dibandingkan dengan pelakon berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Mira Filzah hamil, usia kandungan memasuki trimester ketiga

ARTIKEL BERKAITAN: Erra Fazira ‘upload’ foto kayuh basikal, tak peduli gosip jadi isteri kedua ahli politik - “Apa tak habis-habis cerita fasal kahwin ni”

“Sudah ramai cakap tentang perkara itu. Saya terima ia sebagai satu pujian kerana Mira seorang yang sangat berbakat dan cantik. Kami juga pernah berhubung menerusi DM di Instagram.

“Kalau boleh saya tidak suka dibandingkan, tetapi apa boleh buat? Cuma saya harap tidak timbul cerita yang negatif,” ujarnya kepada mStar.

Qasrina ditemui ketika majlis pelancaran filem berjudul Kongsi Raya di Kuala Lumpur pada Isnin.

kongsi raya 12

Qasrina dan Wilson Lee, bergandingan sebagai pelakon utama dalam filem pertama mereka

Pertama kali melangkah ke bidang lakonan menerusi filem berkenaan, Qasrina juga bimbang jika lakonannya dikritik penonton terutamanya melibatkan beberapa babak yang dilihat seperti bersentuhan dengan lelaki.

“Kebanyakan babak dan poster yang memperlihatkan saya bersentuhan dengan lelaki hanyalah teknik kamera.

“Dari awal terima tawaran berlakon saya sudah maklumkan tidak mahu babak bersentuhan kulit. Jadi saya cuba lakukan sebaik mungkin dengan cara berlapik.

Kebanyakan babak dan poster yang memperlihatkan saya bersentuhan dengan lelaki hanyalah teknik kamera.

QASRINA KARIM

PELAKON

“Tidak tahu bagaimana anggapan orang nanti selepas filem ini ditayangkan. Namun saya sudah tetapkan dalam diri supaya tidak ambil kira kecaman orang,” ujarnya.

Sementara itu, bercakap tentang filem berkenaan, Qasrina berbesar hati apabila digandingkan dengan pelakon hebat seperti Erra Fazira dan Harith Iskandar.

kongsi raya 11

Qasrina teruja dan gementar berlakon bersama Erra Fazira dan Harith Iskander

“Apabila dapat tahu senarai pelakon memang rasa gementar, tetapi Harith Iskander sangat memahami dan pelakon lain banyak memberi tunjuk ajar.

“Selain menjadi model produk tudung saya juga mahu terus kembangkan lagi kerjaya lakonan selepas ini,” katanya.

Filem arahan Teddy Chin ini turut dibintangi oleh Wilson Lee dan Chew Kin Wan dan akan ditayangkan bermula 3 Februari di seluruh pawagam di Malaysia.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain