suria

F4 Thailand: Boys Over Flowers lebih ‘fresh’, Bright dan Win buat wanita ‘cair’… Korang boleh tonton hanya di VIU

Antara pelakon drama F4 Thailand: Boy Over Flowers.

SIAPA yang tidak tahu drama romcom legenda Boys Over Flowers, siri adaptasi daripada manga Hana Yori Dango pernah menjadi fenomena di beberapa negara.

Boys Over Flowers by Yoko Kamio yang pernah diterbitkan dalam versi Jepun, Taiwan, Korea Selatan dan China ini berjaya mendapat sambutan luar biasa.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘The Red Sleeve’ kisah cinta raja dengan dayangnya

ARTIKEL BERKAITAN: Kim Soo Hyun dituduh jadi pembunuh dalam ‘One Ordinary Day’

Terbaharu, siri romantik komedi ini diterbitkan dalam versi Thailand dan ditayangkan secara eksklusif di platform Viu bermula 11 Disember lalu.

Apa yang menarik, F4 Thailand ini dibintangi pelakon terkenal seperti Bright Vachirawit yang membawa watak Thyme, Dew Jirawat (Ren), Win Metawin (Kavin) dan Nani Hirunkit (MJ).

Mereka memainkan watak Tsukasa Domyoji, Rui Hanazawa, Sojiro Nishikado, dan Akira Mimasaka dalam siri asal manga berkenaan.

Manakala watak heroin Gorya dilakonkan oleh Tu Tontawan.

Biarpun jalan cerita masih kekal sama, namun F4 Thailand: Boys Over Flowers sedikit berbeza dan lebih segar berbanding versi beberapa negara sebelum ini.

Drama ini mengisahkan Gorya (Tu Tontawan Tantivejakul), seorang gadis dari keluarga sederhana yang bekerja di sebuah kedai bunga.

Kehidupannya berubah selepas lulus ujian masuk sekolah elite. Sebahagian besar pelajar sekolah itu berasal daripada keluarga kaya raya.

Suatu kejadian Gorya terpaksa berdepan dengan sekumpulan pelajar yang paling berpengaruh di sekolah itu yang dikenali sebagai F4.

F4 yang diketuai oleh Thyme (Bright Vachirawit Chivaaree) telah membuli Gorya. Mereka sering bergaduh sehingga tanpa disedari Thyme mula tertarik dengan Gorya.

Gorya tak menyukai Thyme kerana sikapnya yang kasar dan keras kepala.

Gorya tertarik dengan Ren (Dew Jirawat Sutivanichsak) yang juga sahabat Thyme.

Ren bersikap lembut dan lebih prihatin yang jauh berbeza daripada Thyme.

Namun dapatkan Thyme mengejar cinta Gorya? Adakah Gorya dapat menawan hati Ren? Semuanya ada di Viu!

Artikel Lain