suria

Erra Fazira ‘upload’ foto kayuh basikal, tak peduli gosip jadi isteri kedua ahli politik - “Apa tak habis-habis cerita fasal kahwin ni”

Erra enggan ambil pusing gosip sudah berkahwin ahli politik.

ENGGAN berdiam diri apabila nama kecoh didakwa sudah menjadi isteri kedua ahli politik, penyanyi Erra Fazira akhirnya membuka mulut bagi menjawab persoalan itu.

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 47, menerusi Instagram memuat naik foto sedang berbasikal dan enggan melayan gosip yang mengatakan dia kini sudah berkahwin.

ARTIKEL BERKAITAN: Erra Fazira nafi jadi isteri kedua Faizal Azumu - “Saya bukan muda lagi nak bentang kisah kahwin”

ARTIKEL BERKAITAN: Erra Fazira didakwa isteri kedua ahli politik, peminat ucap tahniah - “Pandai pilih tarikh nikah betul-betul tragedi Oktober”

"Bagaimana penat pun kamu, teruskan berjalan. Weekend yang nyaman sebelum kecederaan berlaku. InsyaAllah sambung minggu depan.

"Apo tak habis-habis cerita fasal kahwin ni. Orang sangat suka bercakap, jadi biar mereka seronok bercakap," tulisnya.

erra f 1

Erra jawab gosip di laman Instagram.

Terbaharu laman Twitter kecoh apabila timbul gosip mendakwa aktres ini sudah menjadi isteri kepada seorang ahli politik dari Perak.

Kontroversi ini mula bertiup kencang apabila seorang pengguna Twitter memuat naik ciapan mendakwa Erra sudah menjadi isteri kedua ahli politik itu.

Orang sangat suka bercakap, so biar mereka seronok bercakap!

ERRA FAZIRA

PELAKON

"Dengar khabar, Erra Fazira dah jadi bini (isteri) kedua. Bini pertama tahu tak tu?"

"Sahih daripada jiran pengantin baru... melepas Awie," tulis pengguna Twitter @abam_kumis.

Dakwaan itu mengejutkan ramai netizen yang turut mempersoalkan kesahihan maklumat berkenaan.

erra 2

Erra enggan ambil pusing gosip sudah berkahwin.

Malah ada juga peminat yang menyangkal dan menganggap gosip berkenaan hanyalah rekaan dan fitnah semata-mata.

Untuk rekod, Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan pengarah Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003 namun berpisah pada 2006.

Erra kemudian mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran pada 2007 namun bercerai pada 2014.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya yang kini berusia 12 tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain