PENYANYI kelahiran Indonesia, Allan Andersn berdebar apabila bakal menyanyikan lagu hasil ciptaan komposer dan penulis lirik terkenal Malaysia, Farouk Roman.
Allan atau nama sebenarnya Joan Allan Anderson, 34, berkata ini merupakan pengalaman pertamanya menerima lagu daripada pencipta lagu tempatan memandangkan sudah terbiasa menulis karya sendiri.
"Mungkin ramai tahu saya biasa cipta lagu sendiri termasuk untuk artis lain. Tapi kali ini saya agak gemuruh sebab lagu ini dihasilkan oleh penulis dari Malaysia," katanya kepada mStar.

Allan teruja dapat pengalaman baru.
Jelas Allan, lagu berjudul Senafas itu akan dijadikan lagu tema untuk sebuah drama tempatan yang bakal ditayangkan tidak lama lagi dan bakal dilancarkan sekitar Oktober ini.
"Ketika dapat tahu judul lagu ini saya rasa takut. Harap saya tak perlu menyanyi dalam satu nafas. Lagu empat minit kalau menyanyi satu nafas menyelam teruslah jawabnya!" seloroh Allan.
Walaupun agak gementar, Allan melihat peluang ini sebagai satu langkah besar dalam perkembangan kerjayanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Pujian buat hati tersentuh, Adibah Noor punca Allan Anderson kembali menyanyi
ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah janji persembahan istimewa, teruja kongsi pentas dengan mendiang Glenn Fredly
Katanya, karya tersebut turut menguji kemampuannya sebagai penyanyi memandangkan Malaysia terkenal dengan lagu-lagu balada bernada tinggi.
"Saya selalu dapat lagu dari penulis Indonesia. Ini kali pertama dari Malaysia dan saya memang gemuruh.
"Lagu balada di Malaysia ini tinggi-tinggi, macam menara berkembar KLCC. Kadang-kadang lagi tinggi bila ditarik" kongsinya.
Saya memang tak sabar.
ALLAN ANDERSN
PENYANYI
Allan turut memaklumkan dia telah mendengar demo lagu tersebut buat kali pertama pada Selasa lalu dan cukup teruja dengan hasilnya.
"Saya memang tak sabar. Harap sesuai dengan jiwa saya dan boleh sampaikan emosi lagu itu dengan baik," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Allan juga baru sahaja melancarkan single terbaharu berjudul Seakan Ku Tak Ada.

Allan lancarkan single terbaharu berjudul Seakan Ku Tak Ada.
Katanya, lagu tersebut diilhamkan daripada kisah seorang rakan rapat yang sering merasakan dirinya tidak dihargai oleh pasangan.
"Dari situ, saya mula membayangkan bagaimana rasanya mencintai seseorang, tapi seperti tidak pernah benar-benar dianggap.
"Perasaan itulah yang saya jelmakan dalam lagu ini. Meskipun bukan pengalaman peribadi secara langsung, tapi emosi yang saya rasakan ketika menulis lagu ini sangat dekat di hati saya," kongsinya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


