suria

Ibu cemas nak cabut sticker kurier pada kepala anak usia 8 bulan, mungkin ‘muslihat’ si kakak mahu adik baharu diserah kepada orang lain

Seorang kanak-kanak melakukan percubaan untuk 'menjual' adiknya.

ADIKNYA telah siap sedia untuk penghantaran!

Rakaman yang dikongsikan seorang wanita mengenai gelagat lucu anaknya Dian Aaira Medina Mohd Hazrey, berusia tiga tahun, yang cuba untuk 'menjual' adiknya yang berusia lapan bulan, berjaya mencuit hati warga maya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Suami utamakan kucing, akak ni jadi nombor dua” - Isteri kongsi ragam 4 ‘anak bulus tentera’, nama je macho tapi masing-masing manja teruk!

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi video memasak guna dielek Kelantan, wanita ini jawab tuduhan sengaja buat suara mengada-ngada - “Orang tak boleh terima saya bercakap manja”

Video dengan caption “Adik untuk dipos” itu memaparkan gelagat Dian Adellia Saffiya Mohd Hazrey sedang menangis sementara ibunya, Nur Amani Maisya Abdul Rahim, 27, cuba untuk menanggalkan waybill (pelekat dengan alamat penerima yang biasanya dilekat pada barangan bagi tujuan penghantaran) dari kepala anaknya itu.

Bercakap kepada mStar, Nur Amani Maisya berkata, kejadian mencuit hati itu berlaku pada 14 Oktober lalu ketika mereka berada di Lotus, Lembah Sireh, Kota Bharu, Kelantan.

“Masa tu kami baru selesai makan, adik saya pegang Adellia dekat seat belakang (dalam kereta), suami saya ada buat servis kurier, Posstore dan kebetulan ada orang nak pos barang jadi kami cetak waybill untuk tampal dekat barang pelanggan.

“Yang kakaknya pula memang suka sticker, dia selalu tengok kami pos barang, jadi dia buka pelekat pada waybill tu lepas tu tampal dekat kepala adik dia,” kata peniaga dalam talian ini.



Dian Adellia menangis teresak-esak apabila kakaknya menampal waybill di kepalanya.

Lebih mesra disapa Amani, dia berkata, gara-gara tindakan si kakak, mereka terpaksa menggunakan minyak bayi bagi mencabut semula pelekat yang melekat kuat pada rambut anaknya yang masih halus.

“Dia lekat tu tak la lama sangat sebab lepas makan tu kami nak ke kedai baju tapi tengok-tengok dekat kepala Adellia dah ditampal pelekat tu.

“Jadi kami pusing cari 7Eleven beli baby oil, memang letak je terus tercabut,” katanya.



Amani menyapu minyak bayi bagi mencabut waybill tanpa rasa sakit.

Reaksi cuak Medina apabila melihat adiknya itu menangis juga tidak kurang lucunya.

"Masa nak cabut pelekat tu Medina tak cakap apa pun muka dia cuak dah sebab adiknya menangis.

"Kami pun tak ada tanya apa-apa dekat dia sebab kesian dan dalam masa sama kelakar juga.

"Medina ni jenis yang suka usik adik dia, semua barang adik dia ambil, adik diam pun dia kacau," katanya yang menetap di Taman Restu Telipot, Kota Bharu.



Medina cuak melihat reaksi adiknya.

Menurut Amani, Medina mungkin masih dalam proses untuk menerima kehadiran adik barunya itu.

Malah Amani secara berseloroh berkata bahawa Medina sentiasa 'meminta' dia dan suami untuk memberi adiknya itu kepada orang lain.



Amani mempunyai tiga anak.

Malah Amani secara berseloroh berkata bahawa Medina sentiasa 'meminta' dia dan suami untuk memberi adiknya itu kepada orang lain.

“Kakak dia selalu cakap bagi baby dekat orang lain la.

"Mungkin sebab sebelum ada baby mama papa asyik manjakan dia, bila ada baby selalu kena marah, asyik manjakan baby je.

"Dulu memang dia akan jauhkan diri dengan baby," katanya yang mempunyai seorang lagi anak Dian Hasya Amanda yang berusia empat tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain