suria

Dah nak tengah malam, perjalanan rider silap simpang berakhir di kubur... tak terfikir gangguan mistik, cuma risau kena prank - “Ada nampak lembaga bawah khemah”

Angah berkata, ia merupakan kali pertama dia tersesat sehingga ke kawasan kubur.

SETIAP pekerjaan ada cabarannya yang tersendiri.

Bagi petugas penghantaran makanan ataupun rider, banyak cabaran yang terpaksa dilalui setiap kali mereka keluar bekerja.

Selain risiko keselamatan, mereka turut berhadapan cabaran cuaca, ragam pelanggan serta macam-macam lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Map bawa ikut jalan kubur, rider kongsi kisah seram trip malam hari... bau aneh masa rehat bawah flyover - “Aku nak bakar rokok je, janganlah kacau”

ARTIKEL BERKAITAN: Dah la sesat, ada hati nak mengurat penumpang! Pemandu e-haling bernasib baik tak diaibkan gadis di media sosial

Terbaharu, tular video memaparkan seorang rider yang tersesat sehingga ke kawasan kubur.

Ketika dihubungi mStar, jejaka berusia 25 tahun yang mahu dikenali sebagai Angah itu mendedahkan kejadian tersebut berlaku di ibu negara, baru-baru ini.

"Kejadian berlaku di sekitar Pantai Dalam. Ia merupakan order terakhir saya, dalam jam 11 malam. Pada waktu itu, saya kena pick up makanan dekat kedai tersebut.

"First time pergi kedai tu. Sebab tu saya sesat. Mula-mula dah call abang kedai, dia kata nanti nak sampai akan ada simpang kiri dan kanan. Saya tak nampak ada simpang kecil sehingga tersilap.

"Itu yang sampai ke kawasan kubur, ia tanah perkuburan Islam. Terkejut saya pada masa tu, dengan hari pun dah lewat malam. Saya tak fikir mengenai gangguan mistik, cuma risau orang prank.

"Selepas itu saya call balik abang tu, baru saya jumpa lokasi sebenar kedai," ujarnya ketika dihubungi.

angah2

Kata Angah, dia tersilap masuk simpang sehingga sesat ke kawasan kubur.

Menurut Angah yang sudah setahun berkhidmat dengan FoodPanda, dia lega apabila kebuntuannya pada malam itu berakhir dan dia dapat menghantar makanan kepada pelanggan dengan selamat.

Imbas Angah, sepanjang bekerja dalam bidang itu, dia belum pernah berhadapan sebarang gangguan mistik dan berharap segala urusannya akan sentiasa dipermudahkan.

"Ini kali pertama sesat hingga ke kawasan kubur. Sebelum ini pernah sesat masuk sampai ke dalam estet. Alhamdulillah, saya tak ada pengalaman mistik lagi setakat ini.

Kebanyakan komen, mereka kata nampak hantu bawah khemah di kubur itu. Mereka kata ada lembaga di bawah khemah.

ANGAH

"Cuma malam-malam, kita nampak macam ada bayang kat tepi jalan ketika naik motor. Sebenarnya tak ada apa-apa pun, cuma perasaan saja.

"Sebenarnya lagi takut manusia daripada takut hantu. Risau kena samun dan sebagainya. Dulu masa saya jadi runner sebelum sertai FoodPanda pernah ada orang prank order. Sampai tempat drop off, gelap sekeliling, tak ada rumah pun.

"Saya tawakal ketika bekerja. Semoga dilindungi dan tiada apa-apa. Saya doa yang baik-baik saja," ujarnya yang berasal dari Tangkak, Johor.

Malah kata Angah, dia bersyukur apabila semua pelanggan yang ditemuinya sangat baik dan tidak pernah menimbulkan masalah.

Food panda rider on his duty in Putrajaya.MOHD SAHAR MISNI/The Star

Banyak cabaran dilalui rider setiap kali mereka keluar bekerja. (Gambar Hiasan)

Dalam pada itu, Angah juga tak sangka video dia sesat ke kawasan kubur akan tular dan meraih perhatian ramai.

Selain rakan rider yang turut berkongsi kisah masing-masing, ada netizen turut membuat dakwaan di ruangan komen, kononnya mereka melihat kelibat misteri di kawasan kubur tersebut.

"Saya sekadar suka-suka kongsi video. Kebanyakan komen, mereka kata nampak hantu bawah khemah di kubur itu. Mereka kata ada lembaga di bawah khemah.

"Tapi saya jelaskan balik. Ia sebenarnya kerusi. Tiada apa-apa pun. Ada juga yang kata mereka nampak pontianak, saya terhibur baca komen-komen," ujarnya lagi.

Video itu sehingga kini meraih hampir setengah juta tontonan di TikTok.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain