USAHAWAN Tya Ariffin berjaya menamatkan kursus pendek menerusi program Leadership Execution and Action Planning (LEAP) di Universiti Oxford, United Kingdom (UK) pada Rabu.
Tya atau Nurtia Wulandri Arifin, 31, berkata, kejayaan itu berbaloi apatah lagi dia terpaksa berjauhan dengan anak-anaknya demi menyertai kursus pendek selama lima hari itu.
Malah dia terpaksa memujuk ibunya iaitu Komariah Mahmud yang berada di Palembang, Indonesia bagi membantu menjaga anak-anaknya sapanjang ketiadaannya.
Tya teruja menerima sijil program di Universiti Oxford, UK.
“Meninggalkan rutin harian, tiga orang anak lebih-lebih lagi paling kecil bukan mudah.
“Memujuk ibu untuk tinggal di Kuala Lumpur dalam waktu lama pun tak mudah (walaupun ibu teruja nak jaga cucu).
“Apa yang saya nak sampaikan adalah, ia memang berbaloi! Mengikuti kursus pendek Leap di Universiti Oxford sangat berbaloi,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Tya Arifin selamat bersalin anak ketiga, beri nama Aghnia Amira Jiwa
ARTIKEL BERKAITAN: Layan baik semua orang, Asyraf Khalid dan Tya Arifin tak pernah bersikap biadab
Tya berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Rabu.
Dalam pada itu, Tya memberitahu dia seronok menghadiri kursus pendek tersebut termasuk dapat meluaskan rangkaian pernigaan dari luar negara.
“Sepanjang kursus kita banyak belajar benda baharu yang boleh diperbaiki dalam bisnes.
“Sesi networking bersama ramai pengasas perniagaan pun sangat menarik,” ujarnya.
Pada 12 Mei lalu, Tya memuat naik hantaran di Instagram memaklumkan dia sedang mengikuti kursus pendek di Universiti Oxford, United Kingdom.
Tya mengikuti kursus pendek di UK pada awal Mei lalu.
Kongsi Tya, dia mahu memanfaatkan ilmu yang diperoleh bagi memperkukuhkan perniagaan yang diusahakan.
Untuk rekod, Tya mendirikan rumah tangga dengan Asyraf Khalid pada 1 November 2015.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Arif Jiwa, 8, Azzahra Jiwa, 6, dan Aghnia Amira Jiwa yang kini berusia lima bulan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!