IKATAN perkahwinan penyanyi Mas Idayu dan suami iaitu Muhamad Sufian Che Isa terlerai selepas mereka sah bercerai pada 4 Mac lalu.Menurut laporan Harian Metro, Muhamad Sufian Che Isa yang juga merupakan Penerbit Eksekutif TV3 memaklumkan mereka berpisah secara baik di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor. Meskipun memilih membawa haluan masing-masing, Sufian berkata dia masih lagi mengekalkan hubungan baik dengan penyanyi dangdut itu.Mas Idayu dan bekas suami masih berkawan baik."Memang betullah gosip itu. Kami dah sah bercerai pada 4 Mac lalu di Mahkamah Syariah Shah Alam. Punca perceraian, saya anggap kami sudah tiada jodoh saja."Bagaimanapun, hubungan antara kami masih lagi baik sebagai sahabat. Tapi, jodoh kami nampaknya sampai di sini saja dan saya positif menerima takdir yang sudah ditetapkan ini."Pada usia saya yang sudah tua ini, nak bermasam muka atau bergaduh pun buat apa? Bagi saya, memang jodoh kami sampai di sini saja," katanya.Dalam pada itu, Sufian berkata dia reda menerima takdir tertulis, malah tidak teragak-agak untuk saling bekerjasama sekiranya diperlukan.ARTIKEL BERKAITAN: Mas Idayu buktikan diri masih relevan, tak layak masuk pertandingan nyanyianARTIKEL BERKAITAN: Ning Baizura terharu dengan Mas Idayu, sanggup datang rumah ajar nyanyi lagu dangdutMalah dia akan sentiasa menyokong kerjaya bekas isterinya itu."Saya pun tetap bersedia untuk terus bekerjasama dengan dia dalam program dijalankan stesen TV. Kami pun berpisah secara baik."Setakat ini, hubungan antara kami pun masih tetap baik walaupun sekarang sudah bercerai. Saya akan terus beri sokongan pada kerjaya seninya, termasuk sebagai juri program," katanya.Pada Ahad, sebuah portal berita melaporkan khabar angin mendakwa pasangan ini sudah berpisah.Usaha mStar mendapatkan kenyataan daripada kedua-dua pihak bagaimanapun tidak berjaya apabila panggilan dan mesej dibuat tidak berjawabUntuk rekod, Sufian dan Mas Idayu mendirikan rumah tangga pada September 2022 selepas berkenalan pada 2008.Ini merupakan perkahwinan kedua buat mereka.Mas Idayu dan Sufian bersama anak-anak.Untuk rekod, Sufian dan Mas Idayu mendirikan rumah tangga pada September 2022 selepas berkenalan pada 2008.Ini merupakan perkahwinan kedua buat mereka.Sebelum itu, Mas Idayu pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Aman Graseka pada 1997 dan bercerai pada 2006. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Dayini Asyiqa, 27.Sementara itu, Sufian pernah berkahwin dengan personaliti TV iaitu Intan Suraya dan berakhir dengan penceraian. Mereka mempunyai seorang cahaya mata bersama.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!