suria

[V] Edika Yusof belum ‘give up’ selamatkan rumah tangga, tak tolak jika rujuk semula bekas isteri

PELAKON Edika Yusof tidak menolak untuk kembali rujuk bersama bekas isteri, Nor Hidayah Yusri dalam tempoh idah sekiranya dia diberikan peluang berkenaan.

Edika, 58, bagaimanapun menghormati segala keputusan yang dibuat oleh Hidayah dan tidak mahu dilihat bertepuk sebelah tangan. 

"Siapa suka dengan perceraian, tapi sudah dua kali isteri saya failkan, jadi saya nampak sangat kesungguhan dia mahu berpisah dan mahkamah juga membenarkan kami berpisah dengan talak satu. 

Edika menghormati keputusan dibuat bekas isteri.

"Mana tahu kalau ada usaha dan takdir mungkin kami boleh rujuk balik. Saya tidak pernah ‘give up’ untuk menyelamatkan rumah tangga saya. 

"Kalau ini boleh buat dia gembira, kita boleh terus menjadi kawan demi anak-anak dan demi agama kita, Islam. Itu sajalah," katanya kepada mStar. 

Edika memaklumkan perkara itu ketika ditemui selepas sah bercerai dengan Hidayah di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Isnin. 

ARTIKEL BERKAITAN: Perkahwinan 21 tahun berakhir, Edika Yusof dan isteri sah cerai talak satu

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas isteri Edika Yusof dakwa berlaku keganasan rumah tangga sejak awal kahwin, ada simpan bukti

Dalam pada itu, Edika memberitahu dia sama sekali tidak menginginkan perpisahan, namun ungkapannya sebelum ini telah disalah tafsir.

"Dia katakan tadi pun dia memohon cerai disebabkan hukum, tapi kebanyakan orang tidak tahu macam mana talak itu jatuh. 

Mana tahu kalau ada usaha dan takdir mungkin kami boleh rujuk balik.

EDIKA YUSOF

PELAKON

"Talak itu tak jatuh disebabkan kemarahan ataupun dalam keadaan makan ubat atau tidak sedar diri, jadi talak pun ada SOP, mahkamah ada aktanya.

"Saya hanya nak mendidik isteri dengan bertanya apa yang awak mahukan sebenarnya, awak mahu saya lepaskan awak atau ceraikan awak, selagi awak gembira... dan perkataan itu disalah tafsir, dia menganggap perkataan sebegitu adalah talak," katanya. 

Untuk info, Edika dan Hidayah mendirikan rumah tangga pada 16 Januari 2004 dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fardeen Nasrulhaq dan Fereena Nurulhaq.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain