suria

[V] Suami rancang pertemukan Nora dengan madu, isteri pertama sudah terima hidup berpoligami

SUAMI penyanyi Datuk Nora Ariffin iaitu Dr. Rushdi Ramli dalam usaha menyelesaikan kemelut rumah tangga yang sedang berlaku di antara dua isterinya.

Kata Rushdi, ketika ini dia sedang dalam perancangan untuk mempertemukan kedua-dua isterinya supaya dapat meleraikan konflik yang berlaku.

“Saya ada usaha (pertemukan mereka). Itu juga adalah usaha penting untuk dilakukan dalam kehidupan poligami ini.

“Usaha ini sudah lama tercetus sebab saya mahu kehidupan poligami yang betul, bukannya isteri kedua disembunyikan.

Rushdi memberitahu isteri pertamanya sudah menerima kehidupan berpoligami. 

“Sebagai seorang lelaki dan suami apabila mengamalkan poligami, saya kena ikut hukum hakam supaya rumah tangga tenang,” katanya kepada mStar.

Rushdi memaklumkan perkara itu ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Selangor selepas perbicaraan pertama kes perceraiannya pada Selasa. 

Jelas Rushdi, dia berazam menyelesaikan perkara tersebut kerana tidak mahu ia berlarutan dan menjejaskan kariernya sebagai seorang pensyarah di sebuah universiti.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami tak setuju cerai, masih sayangkan Nora

ARTIKEL BERKAITAN: Wujud perasaan gembira suami enggan cerai, Nora jawab tuduhan sekadar cetus drama

“Kalau saya tidak selesaikan dengan baik, saya akan terima akibatnya. Saya pun nanti tidak boleh kerja dengan baik.

“Saya pensyarah, perlu tulis buku, artikel dan sebagainya. Jadi kalau serabut dengan masalah ini, membuatkan saya tiada idea,” ujarnya. 

Ditanya adakah kedua-dua isterinya pernah berjumpa, Rushdi memaklumkan mereka sudah bersua ketika awal perkahwinannya bersama Nora. 

Dalam masa sama, Rushdi turut menjelaskan isteri pertamanya itu juga sudah menerima Nora sebagai madu.

Kes penceraian pasangan ini bakal disebut semula pada 4 Jun depan. 

“Berdasarkan pemerhatian saya yang ikhlas, saya nampak keluarga pertama saya sudah pun menerima perkahwinan saya dengan Nora. 

“Mereka pun tidak merungut apa-apa namun mereka mengharapkan tidak ada perubahan yang berlaku terhadap hubungan kami sekeluarga,” ujarnya. 

Pada Selasa, Mahkamah Rendah Syariah Petaling menetapkan 4 Jun sebagai tarikh sebutan kedua kes perceraian Nora dan Dr Rushdi.

Peguam yang mewakili Nora, Sarah Mohd Ali berkata, ini bagi  membolehkan pasangan tersebut menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) selepas Rushdi enggan menceraikan Nora.

Rushdi merancang mempertemukan Nora dengan madunya. 

Pada 21 April, Nora memfailkan permohonan cerai selepas rumah tangga gagal menemui titik penyelesaian.

Untuk rekod, Nora mengesahkan sudah bergelar isteri kepada Dr. Rushdi pada penghujung 2021.

Nora sebelum itu pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer, Allahyarham Johan Nawai pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain