TERSENTUH dengan kemesraan suami isteri yang gigih berniaga di pinggir jalan, pelawak dan penyampai radio Suria FM iaitu Ajak bermurah hati memborong kesemua ayam percik yang dijual pasangan itu.
Ajak atau Mohd Hanafi Razak, 40, berkata hatinya terusik apabila mendengar pasangan tersebut masih lagi menggunakan panggilan manja antara satu sama lain walaupun sudah berusia.
"Hari itu ternampak makcik dan pakcik ini berniaga, sekali sembang-sembang terdengar dia panggil suami dia Ayang, suami dia pula panggil dia manja.
Makcik dan Pakcik gembira dapat pulang awal.
"Rasa cemburu dia orang kaya dengan kasih sayang. Semoga allah kurniakan kesihatan buat mereka berdua," katanya.
Ajak berkongsi perkara itu menerusi hantaran Instagram miliknya pada Sabtu.
Menerusi video tersebut, pasangan suami isteri itu terlihat gembira apabila hasil jualannya habis awal kerana membolehkan mereka pulang ke rumah.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sengketa 3 tahun Ajak dan Shahrol sudah berakhir, persahabatan kembali bertaut
ARTIKEL BERKAITAN: Kekok nak ambil gambar berdua, Ajak anggap pertemuan dengan Shahrol Shiro sempena Aidiladha kali ini paling bermakna
Tidak hanya memborong makanan jualan, Ajak juga memberi sumbangan sejumlah duit yang tidak dikongsikan nilainya kepada pasangan berkenaan.
Malah dia juga turut berkongsi kenangan sendiri yang pernah berniaga di tepi jalan seperti pasangan suami isteri itu.
"Saya pernah berniaga tepi jalan begini masa kecil dulu. Sekarang Alhamdulillah, Allah bagi tim yang bagus untuk berniaga. Ini aku pakai duit restoran, sebab memang sudah niat.
Makcik dan pakcik tidak dapat menahan sebak.
"Aku bukan fikir nak untung sangat, asalkan tak rugi okay dah," ujarnya.
Perkongsian tersebut meriah perhatian ramai yang rata-rata memuji sikap rendah diri Ajak selain berharap agar rezekinya terus dimurahkan.
"Ajak rilek saja makcik pakcik ini tak kenal dia. Apa-apa pun moga makin murah rezeki Ajak.
"Suka tengok konten Ajak bantu orang ramai," antara komen netizen.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube