suria

Anak Aeril Zafrel tiada duit nak upah pekerja, satu keluarga bantu Hayla siapkan tempahan kek batik

Perniagaan kek batik Hayla mendapat sambutan yang menggalakkan.

BARU memulakan perniagaan, produk makanan kek batik yang atas nama anak pelakon Airel Zafrel iaitu Hayla Maghfiratul Adzkiyaa semakin mendapat sambutan hangat pembeli. 

Banyak mendapat tempahan, Hayla, 9, dilihat tidak menang tangan untuk menguruskan perniagaan kecil-kecilan itu seorang diri.

Disebabkan itu Aeril bersama ahli keluarga lain serta dua orang orang pembantu rumah mereka sanggup membantu Hayla demi menyiapkan tempahan pelanggan. 

Aeril dan Wawa sentiasa sokong minat anak.

"Bila kek batik tiba-tiba banyak tempahan tapi tiada duit nak upah pekerja.

"Dua orang gaji, ayah, mama, abang dan adik sedia membantu," katanya.

Aeril atau Suhairil Sunari, 38, berkongsi perkara itu menerusi hantaran di TikTok miliknya pada Sabtu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen suka melihat keluarga Aeril yang sangat memberi sokongan pada perniagaan Hayla.

ARTIKEL BERKAITAN: Aeril Zafrel dan Wawa Zainal persiap diri jadi tetamu Allah, rancang tunai haji tahun ini

ARTIKEL BERKAITAN: Aeril Zafrel anggap ibu bapa dikurniakan anak istimewa beruntung, senang-senang dapat ‘ladang’ pahala

Malah ada juga yang berseloroh mahu bekerja dengan Hayla sehingga sanggup tanpa mengambil sebarang upah. 

"Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, suka lihat keluarga ini berniaga.

"Seronok tengok bila semua ahli keluarga beri sokongan pada perniagaan Hayla.

"Kat mana nak mohon jadi pekerja? saya sanggup bekerja tanpa gaji," tulis netizen.

Seluruh ahli keluarga membantu Hayla siapkan tempahan.

Sebelum ini Aeril turut berkongsi momen dia memberi sebuah peti sejuk pembeku (chiller) sebagai tanda sokongan buat Hayla yang minat dalam bidang masakan. 

Ramai juga yang kagum dengan kesungguhan anak kecil itu dan memberi semangat untuk memulakan perniagaan.

Untuk rekod, Aeril berkahwin dengan pelakon Wawa Zainal pada 2013.

Selain Hayla pasangan ini dikurniakan tiga orang lagi cahaya mata iaitu, Ahmad Fakhruddin Attar,11, Ayya Sofia, 5 dan Muhammad Fahri, 4 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain