suria

Roslan Shah panik peminat pengsan depan mata, tidak boleh nak angkat sebab wanita berhijab

Cik Lan tak pernah ada pengalaman seperti ini.

PENGACARA dan penyanyi Roslan Shah berdepan detik cemas apabila seorang peminat tiba-tiba jatuh pengsan selepas bergambar dengannya ketika menghadiri sebuah acara festival jualan di Sabah International Convention Centre pada Jumaat.

Roslan atau mesra disapa Cik Lan berkata, kehadirannya ke acara tersebut untuk membuat persembahan serta menghiburkan pengunjung yang hadir.

Bagaimanapun, kejadian itu berlaku secara tiba-tiba sehingga menimbulkan rasa terkejut dan panik bukan sahaja kepada dirinya malah orang ramai di lokasi.

Cik Lan terkejut lihat peminat jatuh pengsan depan mata.

“Memang ada sedikit kelecohan berlaku malam tadi. Selepas bergambar dengan saya, tiba-tiba peminat itu pengsan. Pada mulanya saya ingat dia bergurau atau main-main,” katanya.

Berkongsi lanjut, dia bagaimanapun mula menyedari keadaan sebenar apabila wanita berkenaan kelihatan cemas seolah-olah mengalami serangan anxiety.

Malah awalnya dia terfikir untuk membantu mengangkat wanita tersebut namun membatalkan niat kerana kejadian berlaku di tempat awam selain peminat berkenaan mengenakan hijab.

ARTIKEL BERKAITAN: Roslan Shah anggap jaga bapa tiri ‘saham akhirat’, tak sanggup hantar rumah jagaan

ARTIKEL BERKAITAN: Gen Z kerumun Roslan Shah, tak sangka masih berbisa di usia 55 tahun... "Dahulu saya dihina dan dikeji"

“Bila nampak dia macam panik, saya terus terkejut dan risau. Memang tak sangka perkara macam itu boleh berlaku depan mata.

“Saya memang terfikir nak bantu angkatkan, tetapi saya tak mahu tersalah tindakan sebab dia wanita bertudung dan keadaan pula di tempat terbuka yang ramai orang. Jadi saya serahkan kepada mereka yang lebih sesuai untuk membantu,” ujarnya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Alamak Terlepas Bus Raya itu menarik nafas lega apabila peminat berkenaan segera dibantu oleh petugas acara yang berada di lokasi.

Cik Lan mesra melayan peminat.

Katanya, petugas bertindak pantas dengan menenangkan wanita tersebut sebelum membawanya ke kawasan yang lebih selesa untuk berehat.

“Alhamdulillah pihak pengurusan cepat membantu. Mereka bagi kipas, bagi dia minum air dan suruh dia duduk berehat sekejap. Selepas itu keadaan dia nampak semakin okay,” katanya.

Sebelum ini, Roslan turut berkongsi video kejadian berkenaan menerusi akaun TikTok miliknya sehingga menarik perhatian ramai.

Roslan terlibat dalam acara Fiesta Mega Raya 2026 yang berlangsung di lokasi berkenaan bermula dari 7 hingga 18 Mac.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain