SELEPAS tular mengenai dakwaan berlaku curang di tempat awam, penyanyi Azmirul Hafiz Azman mengakui reda dengan sebarang tindakan yang bakal diambil isterinya susulan insiden berkenaan.Jelas Azmirul atau Muhammad Azmirul Hafiz Azman, 33, tindakan tersebut sebenarnya dirancang bagi menguji perasaan isterinya, namun dia mendakwa wanita itu sudah tidak lagi mempunyai rasa sayang terhadapnya. Malah, Azmirul turut mendedahkan isterinya, Lizawati Zainal ada hadir ke Mahkamah Syariah Rembau, Negeri Sembilan, namun tidak tahu tujuan sebenar.Azmirul tidak pernah berniat berlaku curang dengan isteri. "Saya memang rancang untuk sakitkan hati isteri saya sebab nak tahu sama ada dia masih sayang ataupun tidak. "Tetapi selepas kejadian tular itu, dia seakan-akan memang sudah tidak ada hati dan susah nak terima saya lagi. "Andai tiada jodoh, tidak mengapalah. Saya terima dan reda sekiranya kami sudah tiada jodoh. Baru-baru ini pun dia ada pergi ke Mahkamah Syariah Rembau, tetapi tidak tahu tujuannya apa," katanya kepada mStar pada Selasa. Bagaimanapun, Azmirul menjelaskan hubungan mereka kini berada dalam keadaan baik demi menjaga kebajikan dua anak lelaki.ARTIKEL BERKAITAN: Bekas peserta program realiti nyanyian didakwa curang, kantoi kena ‘tangkap’ dengan isteriARTIKEL BERKAITAN: Tak sampai sebulan kahwin, kecoh suami penyanyi curang... Jalin hubungan dengan ramai wanitaMenceritakan kejadian sebenar yang berlaku baru-baru ini, Azmirul berkata perancangan tersebut dilakukan tanpa pengetahuan isterinya dan tidak melibatkan wanita itu secara langsung."Ada yang kata saya merancang dengan isteri, tidak. Sebenarnya itu memang saya punya rancangan. Memang tidak ada kaitan dengan isteri pun. "Saya buat hanya semata-mata mahukan perhatian dia. Nak tengok sama ada dia masih ada perasaan sayang atau tidak. Malah perempuan yang saya keluar itu pun, saya memang kenal," ujarnya. Azmirul mengakui masih sayang terhadap isterinya. Sebelum ini tular di media sosial sebuah video memaparkan isteri kepada pemenang tempat ketiga sebuah program realiti nyanyian mengamuk selepas mendapati suaminya itu berlaku curang bersama wanita lain.Menerusi video yang dimuat naik, isteri penyanyi itu dipercayai merakam kejadian tersebut ketika berada di Uptown. Dalam rakaman berkenaan, penyanyi itu dilihat sedang memilih kasut, manakala wanita yang bersamanya hanya duduk menunggu.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube