HAMPIR dua tahun hidup sendirian selepas pemergian isteri tercinta, pelakon veteran Harun Hashim pernah terdetik untuk kembali mendirikan rumah tangga.Harun, 70, berkata keinginan itu timbul memandangkan dia memerlukan peneman untuk menjaga kebajikan dirinya selain bimbang jika berlaku perkara tidak diingini tanpa pengetahuan sesiapa. "Saya tak pernah buka mulut (mengenai keinginan berkahwin sekali lagi). Tapi saya ada terfikir juga perkara itu.Isteri Harun meninggal disebabkan kanser payudara. "Saya fikir, macam mana bila saya mati nanti. Saya terfikir kalau jasad sudah tiga atau empat hari dalam rumah dan tiada orang nak beritahu," katanya kepada mStar.Harun berkongsi hasratnya itu ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Next Level anjuran mStar dan Suria yang berlangsung di Saloma Bistro, Kuala Lumpur. Mengulas lanjut, Harun menyerahkan perkara itu kepada ketentuan takdir dan terbuka jika ada individu yang ikhlas mahu menjadi teman hidupnya.ARTIKEL BERKAITAN: Harun Hashim gagahkan diri berpuasa walaupun tak sihat… “Di hujung usia ini, saya hanya kuatkan iman”ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau lapar saya teguk air paip” - Harun Hashim pernah tidur kaki limaTambahnya, anak-anak juga tidak pernah menghalang sekiranya dia ingin mencari pengganti, malah hubungan mereka tetap akrab seperti biasa."Anak saya hanya melayan saya macam biasa sahaja. Anak cuma membantu menjaga makan minum dan ubat-ubatan saya di rumah," jelasnya.Walaupun mengakui kehidupannya kini agak sunyi selepas kehilangan arwah isteri, Harun tetap bersyukur kerana anak-anak sering datang menjenguknya.Malah, dia lebih selesa menetap di rumah sendiri berbanding tinggal bersama anak-anak kerana mahu mendapatkan ketenangan.Harun merupakan salah seorang penerima mStar Baek anjuran mStar. "Hidup sekarang memang sunyi kerana dulu ada arwah isteri tetapi sekarang saya tinggal sendirian. Anak memang ada mengajak saya tinggal bersama mereka tapi saya lebih suka hidup sendirian sebab tidak ada gangguan," katanya lagi.Untuk rekod, isteri Harun iaitu Allahyarham Sakinah Ganjali menghembuskan nafas terakhir pada 21 November 2024 pada usia 48 tahun akibat kanser payudara tahap empat.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!