suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lagu The Alif sindir netizen ‘kemaruk‘ pengiktirafan, perhatian di media sosial

The Alif muncul dengan Antologi Sakit Otak.

SEMAKIN matang dalam industri seni, kumpulan indie rock The Alif tampil dengan album terbaharu berjudul Antologi Sakit Otak yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan, emosi dan pemerhatian terhadap masyarakat sebagai buah tangan kepada peminat.

Menurut vokalisnya, King, Antologi Sakit Otak merupakan album studio kedua mereka yang diterbitkan secara bebas sebagai kesinambungan evolusi muzik The Alif.

Katanya, album itu menggabungkan elemen Britpop, alternative rock dan indie yang menjadi identiti kumpulan tersebut sejak ditubuhkan.

The Alif teruja dengan album kedua mereka.

Mereka yang terkenal dengan karya bertema kehidupan turut memilih lagu Kritikan Sosial sebagai pembuka tirai album, sekali gus membawa pendengar menyelami naratif yang diketengahkan dalam Antologi Sakit Otak.

Lagu itu kemudian disusuli dengan Ya Ya Ya, sebuah karya yang mengangkat persoalan budaya masyarakat moden yang semakin bergantung kepada pengiktirafan dan perhatian di media sosial.

"Kritikan Sosial turut menggabungkan susunan muzik bersama petikan ucapan Che Guevara ketika berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

ARTIKEL BERKAITAN: The Alif Sanggup Berhenti Kerja Jika Popular

ARTIKEL BERKAITAN: Guna bahasa lucah dan kasar, Alif & Sonaone mahu jujur dalam lagu

 "Manakala pendekatan lirik yang sinis dalam Ya Ya Ya serta susunan muzik yang bertenaga membuatkan lagu itu mendapat sambutan positif daripada peminat sehingga berjaya melepasi 3,000 penstriman di Spotify," katanya.

Selain dua lagu tersebut, album berkenaan turut menampilkan beberapa karya lain seperti Melankolik, Obsessive Love Disorder, Bunga Rindu, Antologi Sakit Otak, Substansi, The Story dan Lebaran Yang Hiba.

"Kesemua lagu ini membawa tema yang berbeza, daripada persoalan sosial, kehilangan, kerinduan, kesihatan mental, hubungan sesama manusia sehinggalah kepada pencarian makna dalam kehidupan," ujarnya.

The Alif harap mesej yang disampaikan diterima peminat.

Selain King selaku vokalis, The Alif turut dianggotai oleh Aizzul Fikri yang mengendalikan gitar, keyboard dan strings, Megat Amiruddin sebagai pemain bass serta Shah Chacha di posisi pemain dram.

Album Antologi Sakit Otak kini boleh didengarkan di semua platform penstriman digital bermula 17 Julai 2026.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain