suria

Guna bahasa lucah dan kasar, Alif & Sonaone mahu jujur dalam lagu

Alif dan Sonaone bergabung hasilkan album Detail

PENYANYI rap Sonaone menjelaskan gaya bahasa yang mungkin dianggap berbaur lucah sengaja digunakan dalam beberapa lagu nyanyiannya bersama penyanyi Alif dalam album berjudul Detail.

Sonaone, 31, bagaimanapun berkata dia jujur dalam penyampaian rapnya namun masih manjaga batas agar tidak kedengaran keterlaluan dalam batas masyarakat Malaysia.

Album Detail mengandungi 15 buah lagu

"Mungkin bahasa eksplisit dan lucah dianggap taboo dalam kalangan Malaysia, namun saya tidak kisah tentang tanggapan negatif sesetengah pihak kerana ia adalah ayat sebenar yang ingin saya sampaikan.

"Saya hanya menjadi diri sendiri dan cuba jujur dalam setiap bait lirik lagu yang dinyanyikan, tambahan pula bahasa lucah dalam lagu seperti Pun Boleh duet bersama Alif bukannya berada dalam konteks negatif malah kandungan yang dianggap kasar itu tidak menjadi isu apabila ia dimainkan di radio tanpa sebarang masalah.

Sonaone atau nama sebenarnya Mikael Adam Mohd Rafee Michel Lozach ditemui semasa majlis sidang media memperkenalkan album kolaborasinya bersama penyanyi Alif pada Sabtu di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Alif turut menjelaskan kebanyakan lagu mereka memberikan mesej positif dan tidak mencerca mana-mana pihak seperti kebanyakan lagu-lagu rap luar negara.

Alif dan Sonaone percaya pendengar kini semakin matang mentafsir lirik lagu nyanyian mereka

"Alhamdulillah Pun Boleh mendapat high rotation di radio, saya rasa pendengar sudah bersedia mendengar kandungan sebegitu dalam cara yang positif seperti yang kami lakukan, lagu tersebut secara keseluruhan memberi semangat motivasi untuk terus mengejar impian.

"Malah beberapa lagu lain yang terkandung dalam album Detail turut mempunyai gaya bahasa yang sama, cuma ia mungkin disampaikan secara lembut atau tidak keterlaluan," kata Alif kepada mStar.

Album Detail mempertaruhkan 15 buah lagu antaranya Obvius, Pun Boleh dan Look Around.

Album ini turut mendapat sentuhan mastering oleh Chris Athens dan adunan oleh Jimmy Cash yang masing-masing sudah terkenal dengan kerjasama mereka bersama bersama penyanyi antarabangsa lain seperti Travis Scott, Drake, Nicky Minaj dan Justine Timberlake

alif, sonaone

Artikel Lain