suria

Sufian bakal terbit buku puisi tentang kisah cinta, keluarga dan kerjaya

Sufian bakal mengeluarkan buku koleksi puisi tulisannya dalam beberapa bulan lagi. Foto: LOW LAY PHON.

PENYANYI Sufian Suhaimi memberitahu dia kini sedang sibuk untuk menyiapkan buku puisi tulisannya berjudul Sanandika Sufian Suhaimi.

Sufian, 27, berkata buku tersebut merupakan koleksi puisi yang menggunakan tajuk-tajuk lagunya dan akan dikeluarkan dalam beberapa bulan lagi.

"Buat masa sekarang saya memang sedang sibuk nak menguruskan pelbagai perkara dan antaranya saya sedang menulis buku puisi.

ARTIKEL BERKAITAN: "Babak naik helikopter ditambah saat akhir" - Sufian Suhaimi tak kisah apa orang kata

Sufian sedang sibuk menyiapkan buku koleksi puisinya.

"Buku tersebut merupakan koleksi puisi yang saya tulis sendiri dengan menggunakan tajuk lagu tapi jalan cerita yang berbeza.

"Buku itu sudah siap dalam 70 peratus dan saya mula menulis Februari lalu. Insya-Allah lagi beberapa bulan akan diterbitkan," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu penyanyi lagu Mencuba ini memberitahu idea untuk menerbitkan buku itu timbul ketika bertemu dengan pihak Universiti Utara Malaysia di sebuah acara.

Pihak universiti tempat pengajiannya itu berminat untuk bekerjasama dalam satu projek yang melibatkan pendidikan.

Sufian kongsi kisah keluarga, cinta dan kerjaya menerusi tulisan puisinya.

"Sebenarnya idea ini muncul ketika berjumpa dengan pihak UUM di sebuah acara. Mereka berminat untuk buat projek lebih bernilai dari segi pendidikan.

"Lagipun, sebagai seorang penyanyi yang mempunyai ijazah sarjana mungkin sedikit sebanyak dapat menyumbang dari segi berbeza bukan seni.

"Secara tidak langsung juga, peminat dapat melihat sisi berbeza Sufian. Malah, kisah keluarga, kerjaya dan kisah cintanya akan dikongsikan dalam puisi," ujarnya.

Sufian Suhaimi

Artikel Lain