suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amy Search pakai jambang dan misai palsu busking di MRT Indonesia

Amy menyamar dengan memakai jambang dan misai palsu untuk beri kejutan peminat di Indonesia. Foto: GOH CHAI HIN / AFP.

PENYANYI Amy Search membuat kejutan buat peminatnya di Indonesia apabila muncul membuat persembahan secara busking di stesen MRT Hotel Indonesia (HI), Jakarta pada Jumaat.

Menerusi video yang dimuat naik Bernama di Youtube, Amy, 61, pada awalnya menyamar sebagai salah seorang penonton dengan memakai jambang dan misai palsu.

Amy membuat kejutan kepada peminatnya dengan menyanyikan lagu Isabella ketika pemain gitar Indonesia, Andre Dinuth bersama kumpulan busking memanggilnya ke hadapan.

Kemeriahan suasana Amy ketika membuat persembahan di MRT HI Jakarta.

Suasana di MRT itu meriah dipenuhi dengan penonton yang ingin menyaksikan persembahannya dalam program Busking in MRT with Amy Search.

Penyanyi rock terkenal itu merupakan artis pertama yang mengadakan persembahan busker di MRT baharu yang mula beroperasi secara rasmi pada 24 Mac lalu.

Amy juga berkongsi beberapa video ketika dia menyampaikan lagu popularnya itu dalam gerabak tren di mana kelihatan penumpang turut menyanyi bersama.

Menerusi laporan TEMPO.CO, acara Busking in MRT with Amy Search itu turut diiringin Andre Dinuth (gitaris), Sergio (bass) dan Karli (dram).

Amy Search

Artikel Lain