suria

“Mona belum hamil, doakan kami” - Pekin jawab spekulasi bakal jadi bapa selepas foto pegang perut isteri

Pekin Ibrahim sangkal dakwaan isterinya kini hamil

PELAKON Pekin Ibrahim menjelaskan isterinya pelakon Mona Allen belum hamil selepas perkongsian foto memegang perut wanita itu disalah tafsir.

Bagaimanapun, Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim, 38, meminta orang ramai mendoakan mereka dikurniakan rezeki cahaya mata tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: "Alhamdulillah, selamat sudah..." - Pekin sah bergelar suami Mona Allen dalam majlis tertutup

ARTIKEL BERKAITAN: Mona Allen dan Pekin Ibrahim bercinta sejak 2 tahun, tiada niat nak sorok

Foto yang menjadi tanda tanya netizen

“Belum, belum hamil lagi. Minta doakan yang baik-baik. Kami baru sahaja balik Malaysia,” ujarnya kepada mStar.

Sebelum ini, sebuah foto yang dimuat naik aktor itu pada Jumaat lalu menjadi tanda tanya apabila dia memeggang perut isterinya dan meminta orang ramai memberikan kapsyen untuk foto berkenaan.

Rata-rata pengikut termasuk beberapa rakan artis seperti Raja Ilya dan Tiz Zaqyah mengucapkan tahniah kepada pasangan itu.

Pekin dan Mona Allen atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen, 29, berkahwin pada 7 Disember 2018 dalam sebuah majlis tertutup.

pekin ibrahim, mona ellen

Artikel Lain