suria

Lelaki ini kongsi 8 tugas suami jaga isteri dalam pantang, mudah... tak perlu lagi hantar ke kampung

Muhammad Faizal berkongsi panduan buat para suami mengenai tugas ketika menjaga isteri sedang berpantang.

SERING menjadi kebiasaan, isteri yang baru melahirkan anak akan dihantar pulang ke kampung untuk menjalani tempoh berpantang bersama ibunya.

Kadang kala, ibu yang akan 'diimport' dari kampung untuk menemani dan membantu menjaga isteri selama berpantang, dan alasan paling popular kerana si suami kurang arif.

Jika isteri sedang berpantang selepas melahirkan cahaya mata sulung, alasan tersebut mungkin boleh diguna pakai.

pantang 3

Suami perlu belajar dan mengharungi tempoh berpantang bersama-sama isteri. Gambar hiasan.

Tetapi jika bilangan anak sudah bertambah, maka si suami perlulah belajar serba sedikit mengenai tugas-tugas asas yang boleh dilakukan untuk membantu isteri.

Bukankah lebih manis apabila suami bersama-sama membantu isteri mengharungi tempoh berpantang, sebagai menghargai pengorbanan melahirkan zuriatnya. Barulah sweet!

Seorang lelaki, Muhammad Faizal berkongsi panduan mengenai lapan tugas para suami ketika menjaga isteri yang sedang berpantang, untuk rujukan bersama.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kursus kahwin dulu sesi premium ke?” - Sweet habis... suami layan isteri pantang macam permaisuri, siap buat air booster

ARTIKEL BERKAITAN: Abang askar jaga isteri berpantang bak permaisuri, layanan tip top dari anak pertama hingga keenam - “Risau juga orang cop saya queen control”

1) Mandikan bayi

Minta panduan daripada ibu, bidan atau orang yang lebih tua. Agar lebih mudah, mandikan bayi di dalam tab. Selesai mandi, urut perut, belakang betis, belakang badan dan tapak kaki bayi dengan minyak urut.

2) Sediakan air mandian isteri

Air rebusan herba membantu menghangatkan tubuh, melancarkan perjalanan darah dan menyegarkan badan. Usah pening-pening, beli sahaja set mandian herba di toko jamu. Cara penyediaannya juga mudah, hanya perlu ikut panduan yang tertera pada bungkusan

pantang 2

Air mandian herba dapat menghangatkan dan melancarkan darah. Gmbar hiasan.

3) Cari tukang urut

Jika isteri bersalin normal, hari kelima isteri sudah boleh urut badan. Tetapi jika isteri bersalin secara pembedahan, disarankan seminggu baru isteri berurut. Namun hanya berurut badan, bimbang menjejaskan pemulihan di kawasan perut.

4) Sediakan menu berpantang

Ketika ini semua perkara di hujung jari. Selain bertanya kepada ibu, Google sahaja resipi di internet. Bila selalu cuba, insya-Allah masakan akan sedap. Pastikan isteri diberi makanan yang berkhasiat, elakkan makanan sejuk dan berangin. Paling mudah menu ikan bakar dan sup ayam.

5) Tungku dan bengkung jangan lupa!

Amalan ini sememangnya dilakukan sejak turun temurun untuk mengelakkan badan isteri 'masuk angin'. Bakar tungku antara 10 hingga 15 minit, lapik dengan daun herba seperti daun kunyit dan mengkudu. Tungku isteri sekurang-kurangnya tiga kali sehari.

menu

Sediakan menu makanan yang berkhasiat untuk mempercepat proses penyembuhan dan membekalkan tenaga. Gambar hiasan

6) Belikan jamu

Bagi menjaga kesihatan dan kecantikan dalaman isteri, belikan jamu atau herba. Tanya isteri, ibu atau individu yang arif untuk memilih produk yang tepat.

7) Ubat lembutkan najis

Selepas bersalin, biasanya bahagian intim isteri dijahit. Jadi ramai isteri yang fobia untuk membuang air besar. Bagi isteri minum air suam secukupnya agar tidak sembelit. Suami juga boleh belikan ubat lembutkan najis di farmasi.

8) Pastikan isteri cukup rehat dan beri sokongan

Emosi isteri biasanya mudah terganggu dalam tempoh berpantang kerana kepenatan dan melalui proses penyembuhan selepas 'bertarung nyawa'. Tugas suami adalah memberi sokongan moral. Pastikan isteri cukup rehat dan cukup tidur. Ambil giliran dengan isteri untuk menjaga bayi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain