Abang askar jaga isteri berpantang bak permaisuri, layanan tip top dari anak pertama hingga keenam - “Risau juga orang cop saya queen control” - Viral | mStar

Abang askar jaga isteri berpantang bak permaisuri, layanan tip top dari anak pertama hingga keenam - “Risau juga orang cop saya queen control”

Posting Siti Aminah di Facebook mengenai rutin suaminya yang pandai membahagikan masa antara kerjaya dan tugas menjaga isteri yang sedang berpantang di rumah mendapat lebih 4,000 perkongsian di Facebook.

BERTUAHNYA seorang isteri apabila pengorbanannya mengandung dan melahirkan anak dihargai si suami.

Segala kesakitan yang dirasai ketika bersalin hilang begitu sahaja tatkala melihat suami sama-sama memikul tanggungjawab bukan sahaja menjaga isteri yang berpantang, malah turut mengambil alih menjaga anak- anak.

Bagi wanita yang dikenali sebagai Siti Aminah Ismail ini, dia bersyukur kerana suaminya, Nor Qhaireel Izzuan Mohd Noor secara sukarela mengambil alih tanggungjawab menjaga dirinya yang sedang berpantang secara bersendirian tanpa bantuan ibu mahupun ibu mentua.

ARTIKEL BERKAITAN: Darah keluar banyak sebab salah pasang tiub, doktor kata ‘tak ada masalah’... balik rumah isteri nak pitam tengok suami terketar tahan sakit 

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak kuat nak naik pentas” - Sayu, isteri dedah suami berahsia sambung master sebab ‘takut malu’, meninggal selepas 4 hari disahkan kanser 

“Sewaktu saya melahirkan anak pertama dan kedua, saya berpantang di rumah ibu yang terletak di Langgar, Kedah. Ketika itu suami hanya membantu ibu saya saja. Rupa-rupanya dalam masa yang sama, dia memerhatikan bagaimana ibu saya menyediakan mandian, tungku, masakan dan juga cara mandikan bayi.

“Masuk anak ketiga, suami tawarkan diri untuk menjaga saya dan bayi di rumah kami sahaja. Kebetulan ketika itu kami di Labuan sebab suami bertugas sebagai pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), jadi memang jauh nak ke Kedah. Semua perkara dia buat, jaga saya yang berpantang dan juga bayi, malah dia ambil alih menjaga dua lagi anak kami.

“Jadi apabila melihat sikap ringan tangan suami, ketika itu memang fikir, kalau nak tambah anak pun tak ada masalah,” ceritanya kepada mStar.


Suami Siti Aminah ringan tulang membantu menguruskan rumah tangga ketika wanita itu sedang berpantang.

Terdahulu menerusi satu posting di Facebook baru-baru ini, Siti Aminah berkongsi cerita bagaimana suaminya membahagikan masa antara kerjaya dan tugas menjaga isteri yang sedang berpantang di rumah.

Dalam perkongsian tersebut, wanita ini berkata suaminya akan menyiapkan dan memastikan segala keperluan buat dirinya dan anak-anak disempurnakan sebelum keluar bekerja.

Posting tersebut mendapat lebih 4,000 perkongsian selain dihujani ribuan komen netizen yang memuji sikap suaminya.

Antara komen netizen yang memuji suami Siti Aminah.

Bercerita lebih lanjut, Siti Aminah yang baru melahirkan anak keenam pada September lalu berkata, dia tergerak hati untuk berkongsi rutin suaminya selepas diminta kenalannya untuk dijadikan sebagai panduan.

“Ada kawan tanya bagaimana suami saya menjaga isteri yang berpantang dan dalam masa yang sama menguruskan rumah tangga. Saya hanya memintanya buat carian di internet namun dia berkata tiada perkongsian oleh mana-mana individu.

“Jadi saya pun sekadar berkongsi pengalaman sendiri untuk dijadikan panduan siapa-siapa yang berkeinginan,” ujar wanita berusia 36 tahun ini.

Dia memang akan utamakan keluarga terlebih dahulu. Kalau lepak minum bersama kawan-kawan, dia pastikan keperluan anak-anak disiapkan dulu. Rakan sekerja memang tahu sikapnya yang ‘family man’. Bimbang juga dicop queen control, tapi suami kata usah bimbang sebab hanya dia yang tahu situasi sebenar.

SITI AMINAH ISMAIL

ISTERI

Menceritakan lebih lanjut, Siti Aminah turut mendedahkan suaminya boleh dikatakan bertukar hampir 360 darjah semenjak mereka menimang cahaya mata pertama.

“Suami saya sebelum kahwin memang seorang yang rajin, tetapi selepas dapat anak, dia bertambah rajin tambah-tambah lagi ketika saya berpantang. Sebelum ini kalau saya sihat, dia memang tak masuk dapur. Namun ketika saya berpantang, dia yang akan masuk ke dapur siapkan makanan saya dan anak-anak.

“Siap ambil inisiatif sendiri untuk Google resepi. Tapi dia akan rujuk saya atau ibu sebelum memasak bimbang bahan yang digunakan tak sesuai untuk wanita berpantang.

“Lagi satu, dia memang akan utamakan keluarga terlebih dahulu. Kalau lepak minum bersama kawan-kawan, dia pastikan keperluan anak-anak disiapkan dulu. Rakan sekerja memang tahu sikapnya yang ‘family man’. Bimbang juga dicop queen control, tapi suami kata usah bimbang sebab hanya dia yang tahu situasi sebenar,”ujarnya.

Selain memasak, suami Siti Aminah turut membantu menyediakan air mandian. 

Dalam masa yang sama, Siti Aminah berkata seorang suami sepatutnya mempunyai rasa tanggungjawab dan tidak berkira untuk membantu isteri dalam urusan rumah tangga.

“Kalau mahu isteri sihat, bahagia, gembira dan sentiasa ceria, cuba la buat apa yang isteri idamkan. Isteri memang tak cakap sebab risau suami tak suka. Tapi isteri akan hargai dan ingat sampai akhir hayat apa yang suami buat untuk kita.

“InsyaAllah kalau sama-sama tanggungjawab, rumahtangga akan bahagia. Kan ada kata-kata happy wife happy family’,” akhirinya.

pantang , suami , queen control

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini