suria

Doktor kongsi jenis ubat titis mata dan kegunaannya, tersilap beli bukan sembuh tapi makin teruk

Pelbagai ubat titis mata yang terdapat di pasaran mempunyai kegunaan tertentu. Gambar hiasan

MATA merupakan salah satu organ yang paling penting bagi manusia.

Justeru, aspek penjagaan organ yang satu ini semestinya perlu dititikberatkan dengan cara melindunginya daripada sebarang perkara yang memudaratkan.

Antara faktor yang boleh menyebabkan kerosakan mata adalah merokok, sinaran matahari, tekanan darah tinggi, penyakit kencing manis, diet yang tidak sihat dan penggunaan komputer atau terdedah kepada skrin, dan sebagainya.

ubat mata 1

Pelbagai jenis ubat titis mata yang terdapat di pasaran. Gambar hiasan

Perkara-perkara sedemikian akan menyebabkan mata mengalami simptom seperti letih, merah, berair dan kabur.

Tidak hairanlah ramai yang yang mengambil jalan mudah dengan membeli ubat titis mata yang dijual di pasaran.

Namun tahukah anda, kesilapan memilih ubat titis mata juga boleh menimbulkan komplikasi?

Menurut pengamal perubatan, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, terdapat ubat titis mata yang menyebabkan komplikasi jika digunakan terlalu lama, antaranya ulser mata, kerengsaan, buta dan sebagainya. Ada juga yang tidak sesuai untuk penghidap penyakit kronik.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan hanya sebab kerengsaan, mata merah petanda gula dalam darah mencanak naik!

"Ubat titis mata yang berada di pasaran ada bermacam-macam jenis, dan setiap jenis itu ada kegunaan yang tertentu. Maka kalau beli jenis yang salah, maka ia tidak berkesan," ujarnya dalam satu perkongsian di Facebook.

mata 2

Jika tersalah pilih ubat titis, mata akan terkena komplikasi. Gambar hiasan

Oleh itu ujar Dr Kamarul Ariffin, adalah penting untuk mengetahui jenis-jenis ubat titis mata yang terdapat di pasaran.

1) Pelembab/Pelincir (Moisturizer/Lubricants)

Digunakan apabila mata menjadi kering atau rengsa akibat cuaca, penuaan, penggunaan kanta lekap, masuk habuk, dan sebagainya.

2) Anti-alahan (Anti-inflammatory)

Digunakan apabila mata menjadi gatal, merah dan bengkak akibat terdedah kepada sesuatu yang menyebabkan alahan.

3) Anti-Merah Mata (Decongestant)

Digunakan untuk menghilangkan gejala mata merah, tetapi tidak merawat puncanya. Sejenis pengecil salur darah (vasoconstrictor).

4) Antibiotik dan Antikulat

Digunakan untuk menghapuskan bakteria atau kulat yang menjangkiti mata. Ia perlu digunakan ikut tempoh yang disyorkan.

5) Kombinasi

Ubat titis yang menggabungkan dua atau lebih bahan aktif dari kumpulan berlainan, contohnya antibiotik dan anti-alahan.

kamarul

Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan.

Selain itu, terdapat juga ubat titis yang diberi oleh doktor untuk tujuan atau penyakit spesifik, contohnya:

1) Anti-glaucoma

Digunakan untuk megurangkan penghasilan cecair di dalam bebola mata untuk mengurangkan tekanan di dalamnya.

2) Midriatik

Digunakan untuk mengembangkan bukaan anak mata secara sementara, supaya pemeriksaan mata mudah dijalankan.

Oleh itu, pemilihan ubat titis yang betul amatlah penting.

Jika mempunyai keraguan atau ketidakpastian, Dr Kamarul Ariffin menyarankan agar pesakit bertemu dengan doktor untuk pemeriksaan dan pengesyoran ubat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain