Mentua dan menantu seharusnya saling bertoleransi, menjaga adab serta membina hubungan yang harmoni. -Gambar hiasan AI
PERKONGSIAN kisah hubungan dingin antara mentua dan menantu terutamanya perempuan sering disajikan di laman sosial.Bagaimanapun ada juga kisah yang memperlihatkan sisi positif dan penuh pengajaran, sebagaimana perkongsian wanita ini mengenai ibu mentuanya. Menerusi hantaran di media sosial, wanita tersebut menceritakan pengalaman yang tidak disangka-sangka apabila ditegur oleh ibu mentuanya ketika baru seminggu mendirikan rumah tangga. Dikurniakan mentua yang baik merupakan rezeki buat wanita bergelar isteri. -Gambar hiasan AI"Baru seminggu kahwin dah kena marah dengan mak mentua. Semalam pergi berbelanja barang dapur sama-sama. Mak mentua perasan yang saya cuma ambil RM50 daripada anak dia (suami)."Kemudian dia buat isyarat, 'RM50 mana cukup'! Saya jawab, cukuplah mak. Nak beli sikit-sikit je ni. Lagipun suami saya dah transfer RM50 sebelum tu," tulisnya dalam hantaran berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Jaga mak mentua sampai akhir hayat, jururawat tak sangka ipar duai buat kejutan sehari selepas arwah meninggal... tengah kerja disuruh balik awal!ARTIKEL BERKAITAN: Tak pernah ziarah tangan kosong... Mesti bawa barang dapur, keperluan bayi! Lelaki syukur mentua faham susah anak, menantuTidak sekadar itu, wanita tersebut berkata, ibu mentuanya memberikan satu nasihat yang cukup bermakna kepada dirinya sebagai isteri yang baru melangkah ke alam perkahwinan.Menurut wanita tersebut, ibu mentuanya menegaskan bahawa dia tidak sepatutnya membiasakan diri mengeluarkan wang sendiri untuk keperluan rumah tangga kerana nafkah merupakan tanggungjawab wajib seorang suami.Seorang wanita kongsi pengalaman ditegur ibu mentua ketika baru seminggu mendirikan rumah tangga.Kejadian berlaku ketika mereka keluar membeli barangan dapur dan ibu mentua menyedari dia hanya menggunakan RM50 daripada suami.Ibu mentua menegur dan menasihati agar isteri tidak membiasakan diri menggunakan wang sendiri untuk belanja rumah.Menurut ibu mentua, nafkah adalah tanggungjawab wajib suami, manakala isteri boleh membantu dalam perkara lain sahaja.Perkongsian itu mendapat pujian netizen yang menyifatkan ibu mentua tersebut matang dan memahami peranan dalam rumah tangga.Ringkasan ini dijana oleh AI"Kemudian dia cakap, biar dia (suami) yang keluar duit. Nak tolong, tolong benda lain macam isi minyak ke, berjalan ke, apa-apalah. Tapi bab duit rumah, belanja dapur, jangan biasakan guna duit sendiri. Minta je duit dia," tulisnya.Nasihat tersebut, katanya, bertujuan untuk memastikan suami menggalas peranan dan tanggungjawab wajib sejak awal perkahwinan, selain mendidik isteri agar tidak memikul beban yang bukan sepatutnya dipikul.Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen dengan rata-ratanya memuji sikap ibu mentua berkenaan yang dilihat matang serta memahami konsep nafkah dalam rumah tangga. Netizen menyifatkan wanita berkenaan bertuah kerana dikurniakan mentua baik hati. Tidak kurang juga yang menganggap nasihat tersebut sebagai satu peringatan berguna buat pasangan pengantin baharu agar lebih jelas tentang peranan masing-masing dalam melayari bahtera perkahwinan."Inilah ibu mentua terbaik. Tak payah susah-susah gaduh bab nafkah dah."Satu dalam sejuta dapat mentua macam ni. Wahai menantu pandai-pandailah jaga hati mentua ye."Dulu duduk dengan mentua, mentua yang bagi duit suruh beli makanan sebab dia tak sempat masak sebelum masuk pejabat," antara komen netizen.