suria

Haiwan tak perlu ke kelas, pemuda persoal wanita pergi belajar cara menyusu anak - “Ada cara lain untuk menimba ilmu”

Ada wanita mengikuti kelas menyusu bayi demi mempersiapkan diri sebelum menimang cahaya mata. -Gambar hiasan AI

SEORANG pemuda menjadi perhatian netizen di aplikasi Thread selepas berkongsi pandangannya tentang wanita yang mengikuti kelas untuk belajar cara menyusukan bayi.

Selain mempersoalkan keperluan menghadiri kelas sedemikian, dia turut membuat perbandingan antara manusia dengan haiwan dalam urusan penjagaan anak.

"Maaf, aku tak pernah faham kenapa ada orang sampai perlu pergi kelas belajar cara nak menyusu anak, cara nak pegang baby.

Newborn baby feet in bed close up. Happy Family concept. Beautiful conceptual image of Maternity. Useful as greeting card. Selective focus

Menguruskan bayi bukan perkara mudah terutamanya bagi pasangan baru berkahwin. -Gambar hiasan

"Kucing, lembu, tak pernah pula masuk kelas, elok je menyusu anak. Samalah untuk reproduction pun kalau kita tengok binatang.

"Elok je semua dah tahu macam mana cara nak buat anak. Maaflah ini pandangan aku je. Yang nak masuk kelas, silakan. Tapi untuk aku, memang tak," tulisnya.

Dalam hantaran berasingan, pemuda itu tampil memberi penjelasan selepas ramai pelayar Thread berang dengan pandangan yang dilontarkannya.

  • Pemuda persoal individu yang masuk kelas untuk belajar cara menyusukan bayi.
  • Dia turut beri contoh haiwan yang tidak pernah mengikuti kelas sedemikian.
  • Pemuda itu mohon maaf selepas pandangannya menerima kecaman netizen.
  • Ramai pelayar Thread tegur kenyataan lelaki itu yang didakwa merendah-rendahkan kaum Hawa.

"Maaf kalau ada yang terasa hati. Ini cuma pandangan dan pilihan saya. Tak ada langsung niat nak samakan manusia dengan haiwan. Saya cuma berfikiran yang kita jauh lebih bijak daripada haiwan.

"Ramai salah faham dengan ayat dan rasa saya sombong serta berlagak. Perkara itu berpunca daripada kata-kata saya juga. Tapi bagi saya, kelas-kelas macam tu bukan pilihan saya.

"Saya ada cara lain untuk menimba ilmu. Dari Thread pun banyak saya belajar. Bukan niat nak perlekehkan ilmu. Minta maaf banyak-banyak," tulisnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Kiri sekejap, kemudian kanan pula... Lepas dengar taklimat baru tahu ramai ibu silap teknik menyusu bayi

ARTIKEL BERKAITAN: "Anak kau autisme sebab minum susu ibu" -Tak pernah hamil, mak angkat suami 'terpaling' tahu tentang bayi

Hantaran berkenaan menerima lebih 2,000 komen berupa teguran, kecaman serta nasihat agar dia lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan.

"Terasanya aku bila baca. Jadi aku sangat bersyukur dapat suami yang sanggup fikir semua untuk aku. Sanggup cari kelas breastfeeding and childbirth.

"Betul bro. Haiwan memang tak perlukan kelas, tapi pada masa sama haiwan juga melahirkan anak di longkang dan makan uri sendiri.

"Apa yang membezakan manusia dengan binatang adalah akal. Ilmu Allah tu sangat luas. Kalau setakat nak hidup, kera di hutan juga hidup," tulis netizen.

 

Artikel Lain

Mia Sara okay saja!