suria

Reda tiada jodoh, doa sahabat bahagia... Pemuda nasihat kaum lelaki jangan pendam perasaan, nanti melepas!

A melihat majlis perkahwinan sahabat dari jauh dan mendoakan kebahagiaannya. Gambar hiasan (kanan)

KALAU suka katakan suka, kalau tidak melepaslah jawabnya!

Begitulah nasib seorang lelaki apabila wanita yang diminatinya dalam diam akhirnya menjadi suri hati pemuda lain.

Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai A itu mengakui terkilan tidak dapat memperisterikan wanita itu namun kini hanya mampu mendoakan kebahagiannya.  

Jodoh, pertemuan sudah ditetapkan oleh Yang Maha Esa. -Gambar hiasanJodoh, pertemuan sudah ditetapkan Yang Maha Esa. -Gambar hiasan

"Dari hari dia menjemput saya ke majlis perkahwinannya saya dah reda dan move on.

"Memang sudah tertulis bukan jodoh kami, jadi doakan saja kebahagiaan mereka," katanya kepada mStar.

Ditanya bagaimanakah mereka boleh mula mengenali antara satu sama lain, A berkata wanita itu adalah rakan sekolah rendahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita bazir 14 tahun puja lelaki, tak ‘move on’ walau cinta ditolak... Makin sakit hati ‘crush’ dah kahwin ada anak satu

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita bahagia dengan suami tapi asyik terkenang cinta lama! Pergi berubat, perawat dakwa dibomoh famili ex-BF

Tambahnya, mereka kemudian lama terpisah dan kembali berhubung apabila dia terjumpa akaun TikToknya sekitar tiga tahun lalu.

"Perasaan saling suka menyukai itu ada, cuma saya tak pernah meluahkan perasaan itu kepadanya.

"Hubungan kami memang rapat cuma bila dia jemput ke majlis kahwin itu baru-baru ini buatkan saya frust tetapi bukan frust menonggeng.

"Harap orang lain jadikan pengajaran, kalau suka terus je cakap dan jangan simpan," katanya.

Perempuan tak nak tunggu terlalu lama bukan tak cinta tapi yang dicinta tiada usaha.

NETIZEN

Kisah mengenai kekecewaan A menjadi perhatian selepas video memaparkan dia singgah sebentar ke majlis perkahwinan wanita itu tular di media sosial dengan mendapat lebih 1.1 juta tontonan.

Video berduraasi 41 saat itu menunjukkan A memandu dan berhenti sebentar di hadapan rumah pengantin sambil memohon maaf kerana hanya mampu melihat dari jauh.

Bercerita mengenai video berkenaan, A berkata ia dirakam oleh adiknya ketika mereka dalam perjalanan ke kedai runcit.

"Kedai tu berdekatan rumah pengantin, kebetulan lalu saya tengok dari jauh. Tak turun dari kereta pun.

"Adik yang rakam video, saya saja upload (muat naik) tak sangka pula viral," katanya.

Reaksi netizenReaksi netizen

Sementara itu, di ruangan video dikongsi A, rata-rata netizen berharap dia tabah dan mendoakan dirinya segara dipertemukan jodoh.

"Saya doakan awak dipermudahkan urusan dan ditemukan jodoh yang baik, yang boleh menerima segala kekurangan yang ada.

"Kadang perempuan tak nak tunggu terlalu lama bukan tak cinta bukan tak sayang tapi yang dicinta tiada usaha secepatnya," antara komen netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain