suria

Anak baru dapat lesen, demi keselamatan ibu tak kisah dicop kedekut halang kawan-kawan tumpang kereta

Menumpang kereta boleh mengurangkan kos perjalanan namun ada beberapa faktor lain yang perlu dipertimbangkan. -Gambar hiasan

SETIAP ibu bapa pasti mahu yang terbaik untuk anak mereka.

Sebagai contoh, apabila melibatkan soal keselamatan, kadang kala ibu bapa terpaksa bertegas dan membuat keputusan yang sukar termasuk menolak permintaan anak. 

Begitu juga situasi dikongsikan oleh wanita ini apabila terpaksa bertegas terhadap perkara yang mungkin bagi orang lain kecil, namun dia melihatnya sebagai isu serius iaitu soal keselamatan anak yang baru sahaja mendapat lesen memandu.

A women driving while using a mobile phone. Traffice police will strictly enforce the law againtsmotorists caught using their handphone while driving.(17/7/2023). —AZHAR MAHFOF/The StarMereka yang menumpang sewajarnya mempunyai 'common sense' dan tidak mengambil kesempatan di atas kebaikan pemilik kereta. -Gambar hiasan

"Esok F***** (anak) kena drive sendiri pergi kolej tingkatan enam. Jarak 12 kilometer (km) jugalah dari rumah. 

"Tadi dah ada hint kawan-kawan dia nak tumpang. Aku cakap no! Bukan sebab kedekut. Dia baru dapat lesen kereta, nanti jadi apa-apa dekat anak orang tak pasal-pasal," tulisnya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis ketakutan di rumah sendiri! Mak ayah nak beri didikan terbaik dirasakan mengongkong, peraturan amat ketat

ARTIKEL BERKAITAN: Tak pandai bermanja, cakap pun tegas... Wanita hidup dalam sesalan, sikap kasar akhirnya memakan diri

Wanita itu berpandangan, memandangkan kolej terletak agak jauh dari rumah maka isu pengangkutan adalah antara perkara utama yang perlu dipertimbangkan setiap pelajar serta ibu bapa masing-masing.

"Kalau tak ada (kenderaan), naik Grab. Bukan ambil jalan mudah nak tumpang-tumpang orang. Aku ni fikir jauh pasal anak-anak aku. Tak suka menyusahkan orang lain.

"Ni tumpang bukan jalan sehala. Kalau bagi pun, jauh juga dia nak hantar kawan dan balik rumah," tambahnya lagi.

Bagus jangan bagi tumpang. Lagi satu beringat, takut yang tumpang bawa benda terlarang.

NETIZEN

Di ruangan komen, rata-rata warga maya menyokong keputusan yang dibuat wanita berkenaan malah memuji ketegasannya dalam mengutamakan keselamatan anak dan orang lain. 

Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman sendiri berdepan pelbagai pengalaman pahit antaranya diambil kesempatan oleh rakan-rakan gara-gara mempunyai kereta.

Sebahagian daripada komen netizen.

"Kalau tumpang nanti ada yang 'cucuk' lepas sekolah jom pergi sana pergi sini. Ramai kawan banyak akal.

"Teringat kisah anak saya. Mak kawan anak tu cakap boleh tak tumpang, saya pun cakap okay je. Sekali, tumpang terus lima tahun. Sepuluh sen pun tak penah hulur duit minyak.

"Bagus jangan bagi tumpang. Lagi satu beringat, takut yang tumpang bawa benda terlarang... tak pasal-pasal 'ke dalam'," antara komen netizen. 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain