suria

Suruh pakai itu, ini... Masa ‘bersama’ tengok foto wanita lain juga demi puaskan nafsu! Isteri label suami kurang ajar

Ada individu tidak dapat mengawal nafsu pelik mereka. -Gambar hiasan

RUMAH tangga akan mulai retak apabila pasangan tidak berlaku jujur dalam perhubungan.

Lebih menyedihkan jika perubahan sikap pasangan itu bukan disebabkan orang ketiga atau faktor lain tetapi kerana terlalu mengikut hawa nafsu.

Begitulah situasi dialami seorang wanita yang meluahkan rasa kecewanya terhadap sikap suami di media sosial.

Hubungan suami isteri boleh menjadi renggang jika salah seorang pasangan mulai berubah sikap. -Gambar hiasanHubungan suami isteri boleh menjadi renggang jika salah seorang mula berubah sikap. -Gambar hiasan

"Aku kecewa, ni bukan kali yang pertama dia kantoi. Setelah dah berapa lama aku tak periksa telefon laki aku, tadi pagi aku check.

"Dekat album yang gambar dipadam, dia stalk (layari) Instagram, Facebook adik aku, dia siap screenshot (tangkap layar) gambar adik aku," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Hari-hari stalk FB, lalu kawasan sekolah anaknya” - Lelaki gila bayang, menangis depan janda 2 anak selepas cinta tak direstui

ARTIKEL BERKAITAN: Wajah adik lelaki ‘cucuk langit’ terpampang di TikTok, kisah curang jadi buah mulut... Kakak harap bekas adik ipar berhenti buka aib

Jelas wanita itu, sebelum ini, di ruangan carian Facebook suaminya, nama kakaknya adalah yang pertama dipaparkan dalam senarai.

"Ini bererti dia stalk gambar kakak aku juga. Untuk apa kau tahu tak? Untuk puaskan nafsu dia," katanya.

Tambah wanita itu, dia bukan memfitnah tetapi yakin suaminya melihat gambar wanita lain bagi tujuan melepaskan nafsu. 

Jenis tak tahu halal haram.

NETIZEN

"Kadang kalau tengah 'bersama' dengan aku pun, dia keluarkan telefon untuk tengok gambar-gambar yang boleh puaskan lagi nafsu dia. Tak ke kurang ajar?

"Aku bukan main bersiap pakai baju apa yang dia nak. Tapi akhirnya, kau tetap tengok gambar orang lain untuk puaskan kau. Macam patung aku kau buat," luahnya.

Reaksi netizenReaksi netizen

Netizen yang membaca kisah wanita ini mengharapkan agar dia berpisah dengan suami kerana sikap sedemikian sukar untuk dimaafkan.

"Maaf tapi jijik. Kalau saya di tempat anda saya akan rasa begitu terhina, lagi-lagi libatkan adik beradik sendiri. Jagalah maruah mereka.

"Jenis laki macam ni la bila ada anak dirogol, jadi sumbang mahram semua. Jenis tak tahu halal haram. Tak faham macam mana boleh maafkan, bagi peluang dan bersama tidur sekatil lagi.

"Ya Allah angkat kaki kak. Gila dia punya nafsu," antara komen warga maya.

 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain