MUDAH percaya kepada orang luar membuatkan warga emas sering menjadi mangsa penipuan dalam talian.
Mereka juga cenderung untuk berkongsi maklumat peribadi kerana terpedaya dengan sikap penipu yang licik.
Menerusi satu hantaran, seorang wanita berkongsi kisah ibu mentuanya yang hampir menjadi mangsa scammer yang menawarkan diri untuk membantu pesara.
Individu terbabit bertindak memperkenalkan aplikasi myPesara yang dikatakan mampu memudahkan urusan ibu mentuanya.
Warga emas sering menjadi sasaran penipu dalam talian. -Gambar hiasan
Memulakan cerita, ujar wanita ini, dia pada awalnya hairan apabila melihat telefon pintar ibu mentuanya sentiasa 'menyala'.
"Aku mula perasan telefon dia kejap-kejap menyala. Kemudian aku ambil dan periksa tetapan notifikasi.
"Sebelum ni aku pernah buat tetapan supaya tak keluar notifikasi, itu yang rasa pelik apabila telefon dia masih menyala apabila ada notifikasi masuk.
"Lepas godek-godek, aku terjumpa dua aplikasi permainan yang tak boleh 'uninstall' (padam) atau 'force stop (dihentikan)'," ujarnya yang cuba mencari aplikasi berformat apk di telefon pintar mentuanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita geram mudah ditipu ketika alami cirit birit, senang kerja scammer! - “Saya nak dia pergi jauh, sebelum bau busuk”
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita manja jawab ‘call’ bikin scammer tak keruan! Bergetar tulang rusuk sebab ‘sweet’ sangat
Gerak gerinya ketika 'menyelongkar' peranti mentua mendapat perhatian suaminya dan adik ipar.
Susulan itu, suaminya menawarkan diri untuk membantu sehingga akhirnya terjumpa aplikasi yang berformat apk, myPesara.
"Dia tanya mentua aku pasal aplikasi tu dan tujuan 'install' ke dalam telefon.
"Kemudian mentua aku jawab, ada orang suruh buat untuk mudahkan golongan pesara... hanya masukkan nama dan nombor MyKad.
Menggeletar tangan suami aku tahan marah, tahan sedih, segala emosi tahan je. Tak kan nak maki mak sendiri bodoh.
PENGGUNA MEDIA SOSIAL
"Apabila suami aku buka 'conversation' di WhatsApp, terbongkar yang mak mentua aku bagi 'screenshot' 'password' bank dan kad debit.
"Rupanya dia minta tolong budak tu untuk proses bayaran yuran keahlian RM5 selepas tidak berjaya melakukannya beberapa kali," ujarnya lagi.
Bimbang perkara tidak diingini berlaku, mereka terus menghubungi beberapa buah bank yang mempunyai simpanan ibu mentuanya dan membuat sekatan transaksi.
Pada masa sama dia terkejut apabila mengetahui terdapat banyak cubaan transaksi menggunakan kad debit ibu mentua sehingga ia disekat pihak bank.
Netizen turut berkongsi pengalaman hampir ditipu seperti ibu mentua pelayar ini.
"Allah lindung mak mentua aku ni, mujurlah dia tersilap bagi password online banking tu.
"Disebabkan terlampau banyak cubaan 'login', bank pun auto sekat transaksi, kalau tak, memang lesap semua duit," dedahnya lagi.
Wanita ini turut mendakwa, aplikasi myPesara yang dimuat turun ibu mentuanya adalah aplikasi pusat yang mengawal setiap aktiviti di dalam telefon pintar.
Susulan itu, suaminya mengalihkan semua perisian kepada tetapan kilang atau 'factory reset' bagi menghapuskan aplikasi yang tidak berkaitan.
"Menggeletar tangan suami aku tahan marah, tahan sedih, segala emosi tahan je. Tak kan nak maki mak sendiri bodoh.
"Apabila ditegur dan dipesan yang pautan tu scam, laju je mentua aku balas 'ingat aku bodoh sangat ke'.
"Godek-godek WhatsApp, rupanya ada tiga lagi perbualan yang kononnya baucar percuma dari Shopee," tambahnya sambil menyatakan insiden ibu mentuanya hampir ditipu bukanlah berlaku pertama kali.