suria

Wanita lega semua aset diletak atas namanya, yakin mentua ‘terkejut beruk’ jika suami meninggal... Penyondol pun tak ingin dekat!

Suami yang baik akan memastikan masa depan isteri terjamin. -Gambar hiasan

SETIAP pasangan suami isteri pasti ada cara tersendiri dalam menguruskan rumah tangga dan harta benda. 

Namun kisah wanita ini menarik perhatian selepas dia mendedahkan bahawa suami meletakkan semua aset atas namanya kerana bimbang dirinya ditindas jika sesuatu hal buruk berlaku.

Menerusi perkongsian wanita ini yang hanya ingin dikenali sebagai Ina, dia mendedahkan bahawa segala pembelian besar seperti rumah, kereta dan harta sepencarian diletakkan di bawah namanya.

Suami dan isteri berhak sepenuhnya ke atas harta sepencarian. -Gambar hiasan

"Suami saya kan, beli kereta ke rumah ke semua nak letak nama saya. Dia risau kalau dia dah tak ada (meninggal), famili dia rebut daripada saya. 

"Duit dia pun dia transfer (pindahkan) semua dekat saya, belanja sikit-sikit tu baru dia ambil. Mesti mak mentua aku terkejut beruk kalau tahu anak dia tak ada apa-apa, semua bagi isteri," ujarnya berseloroh.

Menurut Ina, suami mengambil langkah sedemikian memandangkan mereka tidak mempunyai cahaya mata.

ARTIKEL BERKAITAN: Main sentimen ‘hak isteri’, mak bolot harta arwah ayah... Berani tolak kaedah faraid, siap nak palsukan tandatangan anak-anak

ARTIKEL BERKAITAN: Arwah ayah tak jujur, rahsia poligami hanya terbongkar lepas meninggal… Paling sakit hati ibu tiri bolot rumah, harta pusaka

Kata Ina, suaminya memikirkan segala macam kebarangkalian kerana bimbang dirinya akan dizalimi jika dia pergi dahulu.

"Ya, kami memang pengumpul emas. Emas pun semua bagi saya pegang. 'Penyondol' pun takut nak dekati dia sebab duit pun tak ada. 

"Dia tahu famili dia lain macam sikit. Lagipun ini usaha bersama, kami berniaga. Anak pula tak ada itu yang dia risau saya kena tindas bila dia tak ada," katanya lagi.

Ini cara untuk lelaki mengawal diri supaya tak melakukan benda bodoh.

NETIZEN

Tambah Ina, mereka kini bekerja bersama dalam sebuah syarikat sendiri dan segala bayaran termasuk rumah pun dibayar secara bersama.

Perkongsiannya mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-rata kagum dengan cara suaminya berfikir dan kepercayaan tinggi terhadap isteri.

Malah ada juga yang menyifatkan tindakan itu sebagai satu bentuk penghargaan kepada isteri yang menjadi tulang belakang dalam kehidupan berumah tangga.

Komen netizen di media sosial.

"Suami betul-betul sayangkan awak. Jarang jumpa dekat Threads ni. Lelaki lain patut contohi dia.

"Betul, ini cara untuk lelaki mengawal diri supaya tak melakukan benda bodoh. Nak buat apa-apa yang bodoh, mesti teringat balik, kalau cerai habis la sehelai sepinggang.

"Arwah ayah saya buat macam ni juga. Bagus la tak susahkan mak. Senang, tak payah pergi turun naik mahkamah atau uruskan pertukaran nama," komen beberapa netizen.

Artikel Lain