SEORANG wanita meluahkan rasa terkilan dan sedih apabila ibu mentua yang disayangi rupa-rupanya tidak jujur terhadap dirinya.
Bagi wanita ini, tindakan ibu mentuanya itu adalah keterlaluan sehingga sukar dilupakan walaupun peristiwa ini sudah dua tahun berlalu.
Memulakan cerita, wanita yang tidak mendedahkan identiti diri berkata dia pada awalnya menjalankan bisnes 'online' dan perlu meninggalkan anak selama 40 minit di bawah pemantauan ibu mentua untuk urusan pos.
"Satu malam, suami masuk bilik dan minta berhenti buat kerja (bisnes online) ni, dia suruh duduk rumah dan tolong emaknya mengasuh.
Kebanyakan wanita berumur gemar mengambil upah mengasuh budak. -Gambar hiasan
"Keesokannya mak mentua cakap ada cikgu nak hantar anak kembarnya untuk saya mengasuh.
"Tapi disebabkan saya pun ada anak kecil, saya minta tolong biras sama (mengasuh)... dia pun setuju dan duit upah mengasuh bahagi dua," ujarnya.
Sepanjang tempoh tiga bulan mengendalikan anak-anak kembar berkenaan, dia mula berasa seronok menjadi pengasuh.
Namun selepas mengetahui bayaran upah bulanan yang dibayar adalah melebihi daripada jumlah diperolehi, dia berasa terkilan dan menolak untuk terus menjaga kanak-kanak kembar tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Mak-mak stres hadap pengasuh jenis suka hati cuti... Suami sakit pun tak boleh mengasuh, bayar bulanan mau penuh!
ARTIKEL BERKAITAN: Bibik abang nak cari ‘duit tepi’, tawar diri mengasuh anak... Wanita terkejut dah siap tetapkan kadar gaji
"Bulan ketiga mengasuh tu, ibu kanak-kanak kembar buat transaksi dalam talian pula, jadi biras minta mak mentua keluarkan duit tu sebab nak guna.
"Pada masa sama, mak mentua minta dia cetak penyata akaun kerana nak isi borang.
"Jadi, terbongkar jumlah transaksi bayaran yang dibuat ibu kembar tu sebanyak RM800.
Amboi sedap ibu mentua buat duit atas angin, kalau jujur pun, orang ada timbang rasa.
WARGA MAYA
"Masa tu, biras tanya aku berapa upah mengasuh dan aku jawab RM600," jelasnya.
Keliru dengan kadar upah yang diterima, kedua-dua mereka mendapatkan kepastian dengan bertanyakan tentang jumlah bayaran kepada ibu mentua.
Tanpa rasa bersalah, ibu mentua memberitahu bahawa RM200 diambil untuk membayar komitmen bulanan dan membeli barang keperluan dapur.
"Aku dan biras terkejut dengan alasan tu sebab duit elektrik dibayar suami aku manakala adik ipar bayar bil air.
Antara reaksi warga maya di ruangan komen.
"Belanja barang dapur pula kami kongsi bersama, jadi mana logiknya dia guna duit untuk semua tu," luahnya yang kesal dengan sikap ibu mentua.
Menurut wanita ini, dia kemudian memutuskan untuk berhenti mengasuh dan berpindah ke rumah lain.
Malah birasnya juga melakukan perkara sama.
"Selepas kami semua tidak tinggal bersama, dia merungut duit tak cukup nak beli emas," tambahnya lagi.
Tindakannya untuk tidak tinggal bersama ibu mentua turut mendapat sokongan netizen.
"Eloklah keluar dari rumah ibu mentua tu, apa yang dia bunyi tu buat tak dengar... kalau melayan, otak kita yang sakit.
"Amboi sedap ibu mentua buat duit atas angin, kalau jujur pun, orang ada timbang rasa. Ni buat orang hilang hormat.
"Bijak mentua awak, dah macam ejen mengasuh pula," demikian reaksi netizen.