SEORANG wanita tidak menyangka sesi deep talk (luahan hati) yang dianggap efektif bagi mendalami isi hati dan mengeratkan lagi hubungan dengan suami bertukar menjadi mimpi ngeri.
Kisahnya itu diceritakan di laman X bagi menzahirkan kekecewaan terhadap sikap suami yang teralalu jujur membuat luahan hati.
Memasuki hampir dua tahun usia perkahwinan, dia berkata, deep talk sebelum tidur menjadi rutin wajib mereka berdua, namun perkongsian suaminya kali ini begitu memberi kesan terhadap dirinya.
"Suami luah pasal 'first love' yang dia tak boleh lupa sampai sekarang. Andai boleh diputarkan masa, dia tak akan kahwin pun dengan perempuan lain.
"Rupa-rupanya mereka hampir berkahwin, tetapi keluarga mentua tak restu sebab baru habis SPM. Putus je, tahu-tahu perempuan tu terus kahwin dengan orang lain, tu yang buat suami gagal move on," dia memulakan cerita.
Setiap pasangan pengantin mengimpikan hubungan berkekalan sehingga ke akhir hayat. -Gambar hiasan
Tambah wanita itu lagi, dia tidak menyangka rupa-rupanya amat mengenali cinta pertama suami itu, malah mendedahkan keluarga mentua juga kekal berhubung dengan wanita berkenaan serta keluarganya yang sudah dianggap seperti famili angkat.
Lebih menyedihkan, cinta pertama suami juga mendapat tempat istimewa di hati mentuanya apabila membahasakan diri masing-masing sebagai 'umi' dan 'abah'.
Bagaimanapun, dia sama sekali tidak menyalahkan wanita itu yang selama ini dianggap 'kakak angkat', namun sangat terkilan kerana berasa dirinya dikhianati suami sendiri.
"Macam mana lelaki boleh kahwin, sampai ada anak dalam masa yang sama hati masih simpan perempuan lain? Bukan ke kahwin atas atas dasar cinta?
"Kalau masih tak boleh move on jangan kahwin. Jangan mainkan perasaan orang lain.
"Aku sayang sangat suami aku, tapi mungkin bagi dia aku hanyalah isteri sebatas akad dan kertas," katanya, kecewa.
Paling membuatkan wanita ini terguris hati apabila suami mengaku tidak menyayangi dirinya sehinggalah mereka dikurniakan zuriat.
"Terkilan sangat sampai sekarang suami masih belum boleh lupakan dia. Siap mengaku yang dia sebenarnya tak sayang aku pun sejak berkahwin. Lepas ada anak baru timbul rasa sayang tu.
"Entah-entah dia kenangkan aku sebagai ibu kepada zuriat dia je," luah wanita berusia 24 tahun ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki tak boleh ‘move on’ culik bekas kekasih, sakit hati mangsa dah jumpa pengganti
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita bazir 14 tahun puja lelaki, tak ‘move on’ walau cinta ditolak... Makin sakit hati ‘crush’ dah kahwin ada anak satu
Luahan hatinya itu meraih pelbagai reaksi netizen yang rata-rata simpati dengan situasi dialami.
Ada juga berpandangan pengakuan jujur suaminya itu sebagai melampau dan tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada hubungan.
Malah wanita itu juga dikatakan mungkin menjadi mangsa 'rebound'.
"Ada benda yang tak perlu diceritakan. Yang lepas biarkan berlalu.
"Apa motif suami awak meluah? Apa yang dia harap akan jadi?" antara komen netizen.
Komen warganet.
Dalam pada itu, ramai juga yang memuji kesabaran wanita ini yang masih tabah menjalani kehidupan sebagai seorang isteri.
"Tak semua orang boleh sabar, tapi awak tak terus emosi dan menghukum. Kalau dah sampai tahap tu, mesti awak baik sangat sampai dia boleh mengaku.
"Berterus terang sahaja apa yang awak rasa. Rasa nak nangis, tak payah tahan. Itu laki awak kan, nak cover buat apa.
"Sebenarnya dia sayang je tu cuma dia belum sedar lagi. Boleh jadi dia cerita sebab mula tergerak hati nak lepaskan masa lalu.
"Mungkin yang dia tak boleh lupa tu hanya kenangan, bukanlah orangnya. Abaikan je, tapi chcek juga sekali sekala takut curang," demikian antara komen positif netizen.