suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kena kepung masa nak balik sekolah! Remaja 16 tahun dibelasah, bapa cuba leraikan turut dipukul hingga jatuh

Rakaman video tular mengenai kejadian pada 3 Julai lalu.

USAHA seorang bapa untuk meleraikan pergaduhan bertukar tragedi apabila dia bersama anak lelakinya yang berusia 16 tahun cedera dibelasah sekumpulan pelajar di hadapan sebuah sekolah menengah di Seri Kembangan, Selangor pada 3 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Muhamad Farid Ahmad berkata, insiden berkenaan berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah hari sewaktu mangsa yang merupakan murid di sekolah tersebut sedang berjalan menuju ke motosikalnya di luar kawasan premis.

"Mangsa dipanggil beberapa pelajar lelaki dari sekolah sama sebelum dikepung dan dipukul. Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian bibir dan lutut selain rasa sakit serta lebam di seluruh badan.

"Bapa mangsa yang cuba meleraikan pergaduhan turut dipukul sehingga terjatuh di jalan raya dan mengalami kecederaan pada tangan dan kaki serta rasa sakit di seluruh badan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Farid berkata, beberapa individu sudah ditahan dan akan dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya pada Jumaat bagi permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Katanya, polis turut bekerjasama dengan pihak sekolah dan ibu bapa bagi memastikan kejadian itu ditangani secara profesional serta mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan, dan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dalam pada itu, Farid menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

Sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh disalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang di talian 03-8074 2222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Artikel Berikut

Artikel Lain